Kota Kinabalu, 26 Mac 2017 – Hari Sarapan Terbesar MILO® kembali ke Negeri Di Bawah Bayu untuk tahun kedua, kali ini dengan larian sarapan yang popular. Acara yang diadakan di Padang Ragbi, Tanjung Aru mengalu-alukan kehadiran 4,200 peserta yang menikmati sarapan berkhasiat, beserta pelbagai aktiviti menarik yang bertujuan mendidik ibu bapa tentang kepentingan sarapan, dan fungsinya dalam memenuhi kehendak tenaga harian yang diperlukan oleh kanak-kanak
Acara ini dimulakan di sebelah pagi dengan persembahan gendang dan perkusi mengiringi para pelari ke garis permulaan larian 3km. April Wong, Pengurus Pemasaran Pengguna, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé Malaysia; Quek Teng Hiong, Pengurus Cawangan – Sabah & Brunei, Nestlé Malaysia; dan Datuk Yeo Boon Hai, Datuk Bandar, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu merasmikan acara tersebut. Ahli keluarga juga turut mengambil bahagian dalam kelas penyediaan sarapan secara kreatif, tarian Zumba, treasure hunts dan banyak lagi.
“Kami sangat gembira kerana walaupun selepas 4 tahun, Hari Sarapan Terbesar MILO® masih lagi merupakan salah satu acara sarapan negara yang dinanti-nantikan. Kami teruja dapat kembali ke Kota Kinabalu untuk tahun kedua dan menerangkan tentang betapa pentingnya sarapan kepada keluarga yang hadir, dan bagaimana MILO® dapat memberikan tenaga kepada kanak-kanak untuk memulakan hari mereka dengan berkesan,” kata Wong.
“MILO® merupakan penyokong dan pemboleh yang hebat dalam menggalakkan individu dan keluarga menjalani hidup dengan lebih sihat. Acara tahunan Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah sebahagian dari komitmen Nestlé’s terhadap usaha kami dalam meningkatkan kualiti hidup, dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat buat semua,” tambah Wong.
MILO® merancang untuk mendidik ibu bapa tentang keperluan tenaga harian sebenar yang diperlukan oleh kanak-kanak, yang lebih dari apa yang dijangkakan selama ini. Satu kajian dalaman menunjukkan seorang kanak-kanak menggunakan tenaga sehingga 1,500 kcal pada hari persekolahan biasa, sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari separuh maraton.
Cher Siew Wei, Pengurus Kesihatan Korporat, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Ibu bapa digalakkan untuk memastikan anak-anak mereka mendapatkan yang terbaik dari sarapan seimbang yang diambil dengan secawan MILO®. MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go™,satu kombinasi unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting – vitamin dan mineral – yang membolehkan kanak-kanak memperolehi tenaga dari sarapan mereka dan mambantu mereka berfungsi pada tahap terbaik, dari segi mental dan fizikal.
Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah inisiatif MILO®’s untuk memupuk tabiat pemakanan sarapan sihat di kalangan rakyat Malaysia. Acara di Kota Kinabalu tahun ini menyaksikan pebagai aktiviti menarik dan menggembirakan untuk seisi keluarag seperti permainan papan bersaiz besar, permainan pesta, tarian buluh, cabutan bertuah, chapteh tradisional, dan banyak lagi. Selain dari itu, terdapat banyak acara lain yang disediakn sebagai hiburan termasuk persembahan gendang dan kumpulan sorak.
Kota Kinabalu merupakan bandar kedua yang menjadi tuan rumah untuk Hari Sarapan Terbesar MILO® tahun ini. Seramai 2,500 peserta mengambil bahagian dalam acara ini tahun lalu.
Untuk minggu–minggu yang akan datang, Hari Sarapan Terbesar MILO® akan diadakan di bandar bandar berikut:
Untuk maklumat tentang kempen Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia dan cara-cara untuk mengambil bahagian dalam acara Hari Sarapan Terbesar MILO®, sila lawat www.milo.com.my.