Home / Artikel Menarik / 10 Tips Persediaan Untuk Hari Perlumbaan

10 Tips Persediaan Untuk Hari Perlumbaan

getting ready

Setelah gigih berlatih, kini tibanya hari perlumbaan yang dinanti-nantikan.  Jom kita ketahui bagaimana membuat persiapan terakhir selengkapnya dan mengurangkan rasa cemas untuk menghadapi garisan permulaan dengan sepuluh tips hari perlumbaan kami.

1. Datang awal
Ketahui maklumat berkenaan perlumbaan – bila masa perlepasan dan masa kelayakan (cut-off). Buat persediaan pengangkutan pergi-balik dengan mengambil kira penutupan jalan, kawasan letak kereta dan sebagainya. Tanpa mengira sama ada acara perlumbaan kecil atau besar, berikan sekurang-kurangnya satu jam untuk anda membuat aktiviti memanaskan badan dan membiasakan diri dengan kawasan persekitaran.

2. Makan tidak lewat dari satu jam sebelum waktu perlumbaan
Anda tidak boleh berlari tanpa tenaga tetapi jika masa anda makan terlalu dekat waktu perlepasan, ia mungkin mengakibatkan kekejangan atau senak di bahagian perut. Cuba makan makanan berkarbohidrat tidak lewat dari satu jam sebelum waktu perlumbaan.

3. Rancang hidrasi untuk larian yang lebih jauh
Untuk perlumbaan melebihi 10km, ramai pelari yang perlu minum untuk mengekalkan hidrasi. Ketahui di mana letaknya stesen minuman di sepanjang laluan larian atau bawa minuman anda sendiri.

4. Buat strategi berlumba
Bagaimana anda akan menghabiskan larian? Adakah anda akan berlari dengan laju pada awal perlumbaan dan kemudian lebih perlahan atau sebaliknya? Cuba elakkan daripada dipengaruhi oleh pelari-pelari lain untuk menukar pelan anda. Untuk pemula, kami sarankan untuk tidak berlari terlalu laju pada awal perlumbaan. Kepuasan daripada memotong pelari-pelari lain di separuh kedua larian adalah lebih mengujakan.

5. Pakai Pakaian Bersesuaian
Dapatkan ramalan cuaca untuk hari perlumbaan dan pakai pakaian berlari yang bersesuaian, terutamanya ketika berlari di negara-negara beriklim sejuk. Hari perlumbaan bukanlah hari untuk membuat eksperimen. Oleh itu, pakai pakaian atau kasut yang pernah anda gunakan dan bukan yang baru dibeli.

6. Dapatkan bantuan daripada pelari-pelari lain untuk terus maju
Jika anda terlalu penat, gunakan “pace” pelari-pelari di hadapan untuk mendorong anda terus ke depan. Satu taktik yang berguna adalah – pilih seorang pelari di hadapan anda dan cuba untuk mengejarnya atau mengekalkan jarak di antara anda berdua.

7. Pecahkan larian kepada bahagian kecil
Untuk larian yang panjang, gunakan mental anda untuk membahagikan jarak laluan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contohnya, dalam half marathon, anda berlari empat kali 5km. Cuba habiskan setiap bahagian satu per satu. Ini dapat menghilangkan tekanan dan rasa gentar yang boleh menjejaskan prestasi.

8. Bertenang
Kawal minda anda agar anda sedar apa yang berlaku pada tubuh anda ketika berlari. Tanya diri anda – apa perasaan saya? Adakah saya OK? Bawa bertenang, kawal pernafasan dan gerakkan tangan serta bahu mengikut langkah. Jika anda merasa tidak sihat, sila dapatkan bantuan perubatan.

9. Bawa penyokong
Dapatkan teman berlari atau penyokong di kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan. Dengan adanya penyokong menanti anda di laluan yang ditetapkan atau garisan penamat, anda akan merasa lebih bersemangat.

10. Enjoy!
Larian adalah untuk dinikmati. Jika anda kecewa dengan prestasi anda, beri peluang kepada diri anda untuk mendalami kekecewaan sejenak dan segara “move on”. Jika ada buku log, catatkan segala perasaan anda dan gunakannya untuk memperbaiki larian anda di masa hadapan. Jangan lupa larian ibarat kehidupan, ada hari yang baik dan ada hari yang kurang baik. Apa yang penting, kita harus nikmati setiap anugerah larian yang dikurniakan.

#jomkitalari

Check Also

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Share this on WhatsApp Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!