Home / Berita Terkini / Diperbaharui: Centro Klang Music Run & Tower Relay Run 2017

Diperbaharui: Centro Klang Music Run & Tower Relay Run 2017

Centro_Run_Tower_Relay_003

Klang, 20 Mac 2017 – Centro Mall mengumumkan pembaharuan kepada dua acara perlumbaan tahunannya iaitu Centro Klang Music Run & Tower Relay Run.

Klang Run tahun ini diperbaharui dengan unsur muzik dan dinamakan sebagai Centro Klang Music Run. Ia bakal berlangsung pada hari Ahad, 6 Ogos dengan waktu perlepasan 6:15 pagi. Tower Run turut kembali dan diperbaharui dengan format baru iaitu larian berkumpulan 4 orang, dijaduakan berlangsung pada Sabtu, 5 Ogos jam 7:15 pagi.

Centro_Run_Tower_Relay_002

Dianjurkan sejak tahun 2009, Centro Klang Run telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelari. Laluan larian tersebut juga dikenali sebagai “Klang Heritage Trail” (Jejak Warisan Klang) memperkenalkan pelbagai mercutanda bersejarah di Klang kepada para pelari.

Tahun ini, para pelari Centro Klang Music Run boleh menikmati irama muzik ”live” apabila mereka melalui mercutanda bersejarah seperi Little India, bangunan colonial lama, galeri diraja, balai bomba lama dan sebagainya di sepanjang 6km pertama larian. Antara muzik “live” yang bakal menghiburkan para pelari adalah DJ bergerak, penyanyi jalanan (buskers), Gendang budaya moden, pancaragam sekolah, pasukan sorak dan banyak lagi.

Setelah tamat larian, para pelari akan dihiburkan pula oleh artis-artis tempatan di kawasan pentas.

Centro Klang Music Run menampilkan 9 kategori: Lelaki & Wanita Terbuka, Lelaki & Wanita Veteran dan Senior Veteran; Pelajar sekolah Lelaki & Perempuan, Fun Run dan Family Rockstar Fun Run.

Family Rockstar Fun Run terbuka kepada ibubapa dan kanak-kanak berusia 4 – 9 tahun untuk berlari bersama dalam perlumbaan sejauh 1km. Para peserta digalakkan untuk memakai pakaian beragam seperti bintang Rock atau “Rockstar”! Kostum terbaik bakal memenangi hadiah istimewa.

Centro_Run_Tower_Relay_001

Acara Tower Run diadakan sejak tahun 2014 kini telah diubah format kepada Tower Relay Run di mana pelari diwajibkan berlari bergilir-gilir dalam kumpulan 4 orang ke atas Centro Office Tower setinggi 31 tingkat dengan jumlah 567 anak tangga dan kemudian turun ke zon penukaran baton di Aras Tanah. Acara Centro Tower Relay Run menampilkan tigakategori: Tower Relay Terbuka, Tower Relay Fun Run dan Corporate Charity Tower Relay Run.

Corporate Charity Tower Relay Run terbuka kepada syarikat-syarikat atau persatuan-persatuan di mana hasil dana yang terkumpul bakal disalurkan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Semarak Kasih Selangor, Klang Utama Caring Home dan Centro Educates.

signoff 201606_latest

Centro_Run_Tower_Relay_005

Pendaftaran untuk kedua-dua acara telah dibuka mulai 20 March 2017 di kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Aras 2 ,Centro Mall atau secara online di myraceonline.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Centro Mall Customer Service Counter di talian 03-3343 3011 (10pagi-10malam), layari laman Facebook Centro Mall atau www.centro.com.my

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!