Home / Berita Terkini / Lebih 6,000 sertai Hari Sarapan Terbesar MILO®

Lebih 6,000 sertai Hari Sarapan Terbesar MILO®

Milo_Breakfast_Run_feature

Pulau Pinang, 19 Mac 2017 – Hari Sarapan Terbesar MILO® kembali ke Pulau Pinang bertempat di Padang B, Universiti Sains Malaysia (USM), menyediakan sarapan berkhasiat untuk lebih 6,000 peserta dan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik yang bertujuan mendidik ibu bapa tentang kepentingan sarapan pagi, dan peranannya dalam memenuhi keperluan tenaga harian kanak-kanak.

Acara dimulakan dengan MILO® Malaysia Breakfast Run sejauh 3km dan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi Zumba, demonstrasi masakan, dan acara treasure hunt, serta sarapan yang sihat, telah disediakan buat para peserta dan keluarga mereka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Mohd Saad bin Hj. Din, dan Pengarah Sukan dan Rekreasi, Muhamad bin Mohd Hanif.

Milo_Breakfast_Run_003

Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, berkata: “Walaupun sudah empat tahun diadakan, Hari Sarapan Terbesar MILO® masih merupakan acara sarapan yang dinanti-nantikan. Kami amat teruja untuk kembali ke Pulau Pinang buat kali kedua, sambil terus mendekati keluarga di seluruh negara, memperjuangkan kepentingan sarapan pagi yang sihat dan dipadankan dengan MILO®, yang membantu untuk melepaskan tenaga daripada makanan dengan lebih efisien. ”

Tahun ini, MILO® berhasrat untuk mendidik ibu bapa mengenai keperluan tenaga harian sebenar anak-anak mereka, yang sebenarnya lebih tinggi daripada yang dijangkakan sebelum ini. Satu kajian dalaman mendedahkan yang kanak-kanak menggunakan sehingga 1,500 kcal secara purata pada hari persekolahan. Sama banyak dengan tenaga yang digunakan untuk mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari sejauh separuh marathon.

Walaupun sarapan yang seimbang membantu memberikan tenaga harian yang diperlukan oleh kanak-kanak, satu perkara penting adalah memastikan tenaga dari makanan yang diambil dilepaskan dengan berkesan.

Milo_Breakfast_Run_004

“Kami menggalakkan ibu bapa untuk memulakan hari anak-anak mereka dengan tepat, dengan sarapan yang seimbang dan MILO®, supaya mereka boleh mendapatkan yang terbaik dari sarapan itu. MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go ™, gabungan unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting – vitamin dan mineral – yang membantu mereka melakukan yang terbaik, baik untuk mental mahupun fizikal,” kata Tan lagi.

Berlangsung untuk tahun kelima, Hari Sarapan Terbesar MILO® ini merupakan sebahagian dari inisiatif MILO® untuk memupuk tabiat sarapan yang sihat di kalangan warga Malaysia. Acara di Pulau Pinang tahun ini menyediakan pelbagai aktiviti dan permainan yang menyeronokkan untuk semua ahli keluarga termasuk permainan papan bersaiz besar, permainan karnival, tarian buluh, cabutan bertuah, chapteh tradisional, dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa acara kemuncak untuk para pengunjung seperti persembahan gendang dan kumpulan sorak.

Milo_Breakfast_Run_005

Pulau Pinang adalah bandar pertama yang menjadi tuan rumah Hari Sarapan Terbesar MILO® untuk tahun ini dan lebih 5,000 peserta telah mengambil bahagian dalam acara ini pada tahun lalu.

Hari Sarapan Terbesar MILO® akan turut diadakan di bandar bandar berikut pada minggu-minggu akan datang:

FINAL_Media Release_More than 6000 participants gear up for the MILO® Malaysia Breakfast Day_19 March 2017-page-002

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Sarapan Terbesar MILO® dan bagaimana untuk mendaftar bagi acara Hari Sarapan Terbesar yang seterusnya, sila lawat: www.milo.com.my.

Check Also

LAZADA RUN Terima Sambutan Menggalakkan dengan 8,000 Peserta

Share this on WhatsApp Cyberjaya, 16 Julai 2023 – Acara Lazada Run yang julung kali …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!