Singapura, 7 Disember 2108 – Standard Chartered Singapore Marathon (SCSM) bakal menampilkan persaingan yang sengit daripada pelari-pelari elit antarabangsa yang merupakan pemenang-pemenang marathon di serata dunia, termasuk pelari Kenya, Gilbert Yegon dan Stella Barsosio. Turut bertanding adalah juara Paris Marathon 2017 dan 2018, Paul Lonyangata, dan juara SCSM 2016, Felix Kirwa.
Kategori kerusi roda bakal diadakan buat kali pertama di dalam acara larian berprestij ini dan bakal menyaksikan persaingan daripada Joshua George (USA), Hiroki Nishida (JPN), Zou Lihong (CHN), dan Madison De Rozario (AUS).
Edisi SCSM ke-17 ini bakal disertai oleh kira-kira 50,000 peserta dari 127 negara dan bakal berlangsung pada hari Ahad ini, 9 Disember. Hadiah wang tunai bernilai SGD 420,000 dipertaruhkan di dalam acara larian tahunan terbesar di Singapura ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.SingaporeMarathon.com