Home / Berita Terkini / 40 Pelari Sertai Acara Plogging Bermula di MaTiC

40 Pelari Sertai Acara Plogging Bermula di MaTiC

Kuala Lumpur, 9 Disember 2018 – Kira-kira 40 peserta mengikuti aktiviti anjuran BD Project dengan kerjasama YSEALI YOUnified 2018 dan MaTiC ini. Bermula dari MaTiC ke Jalan Sultan Ismail, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Alor, Jalan Pinang dan balik semula ke MaTiC.

Para peserta telah berlari dan berjalan sejauh 4km sambil mengutip sampah sarap seperti kotak rokok, botol/tin minuman, kertas, puntung rokok, plastik makanan dan lampin pakai-buang sepanjang laluan tersebut.

Objektif Plogging in the City adalah memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya menjaga kebersihan alam sekitar dan memastikan bandaraya Kuala Lumpur sentiasa indah untuk dilawati oleh pelancong dalam dan luar negara.

Untuk album acara plogging ini, sila klik DI SINI.

Foto ihsan: Rudy Irwan

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!