Home / Berita Terkini / Dua parah dirempuh di Penang Round the Island Relay

Dua parah dirempuh di Penang Round the Island Relay

Pulau Pinang, 9 Disember 2018 – Seorang peserta larian larian bergilir-gilir 41st Penang Round The Island Relay di Pulau Pinang dan pengiringnya cedera parah dilanggar sebuah kereta di Bayan Lepas awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, peserta larian Cheah Ting Cong, 16,  dan marshal pengiring pasukan Lee Foo Beng, 51, yang menunggang motosikal tiba-tiba dirempuh kenderaan terbabit menyebabkan mereka terpelanting ke atas jalan.

Dilaporkan seorang mangsa parah manakala seorang lagi cedera di tangan dan kaki. Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pengarah Hospital Pulau Pinang (HPP) Datuk Dr Norsidah Ismail ketika dihubungi mengesahkan seorang mangsa sedang dirawat di HPP manakala seorang lagi telah dipindahkan ke Gleneagles Medical Centre (GMC).

Sementara itu, Pengerusi Belia dan Sukan Negeri, Soon Lip Chee ketika dihubungi berkata pihaknya masih menunggu laporan mengenai kejadian tersebut.

Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri tidak memberi sokongan kebenaran untuk pihak penganjur mengadakan larian berkenaan kerana beberapa dokumen berkaitan acara itu tidak lengkap.

“Pihak penganjur ada membuat permohonan kepada kerajaan negeri, tetapi kita tidak mengeluarkan sebarang surat sokongan kerana mereka tidak mempamerkan dokumen yang lengkap,” kata Lip Chee.

Dimaklumkan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tidak lama lagi.

Sumber: Astro Awani
Foto: Facebook

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!