Home / Artikel Menarik / 11street & SOUL Lancar SOUL Run Free Pro Bio

11street & SOUL Lancar SOUL Run Free Pro Bio

Kebelakangan ini, jelas dilihat gaya hidup rakyat Malaysia semakin aktif dan sihat. Larian juga kian menjadi bentuk senaman pilihan ekoran kemudahan yang disediakan di sekeliling kita. Sebagai aktiviti senaman, larian boleh dilakukan di mana-mana lokasi, pada bila-bila masa dan juga merupakan aktiviti yang menjimatkan kos.

Walaupun demikian, seperti semua jenis aktiviti mahupun senaman, postur badan yang tidak betul mampu memberi kesan negatif terhadap latihan dan mungkin menyebabkan berlakunya kecederaan. Menyediakan penyelesaian terhadap isu tersebut, pasaran dalam talian terkemuka di Malaysia, 11street (www.11street.my), menjalin kerjasama dengan SOUL Electronics, sebuah peneraju global dalam peranti audio pengguna yang direka khusus untuk gaya hidup aktif dan cergas, untuk memperkenalkan fon telinga tanpa wayar kecerdasan buatan (A.I) pertama di dunia, RUN FREE PRO BIO. Alat RUN FREE PRO BIO dilengkapi dengan fungsi jurulatih suara bagi memberikan nasihat masa sebenar ketika larian anda.

Merupakan inovasi terbaharu dalam teknologi sukan, fon telinga RUN FREE PRO BIO dikuasakan oleh Beflex BiomechEngine® telah direka khas untuk menjadi jurulatih peribadi khas untuk anda bagi memantau prestasi anda demi meningkatkan keberkesanan larian serta mengurangkan risiko kecederaan.

Serba-lengkap bersama aplikasi SOUL FIT, RUN FREE PRO BIO menghimpun data Analisis GAIT dengan mengukur data dan membandingkanya dengan pelbagai parameter lain seperti sudut memiring dan simetri kepala, ayunan menegak, panjang, lebar serta rentak langkah, hentakan dan sebagainya.

Aplikasi SOUL FIT kemudian menganalisis corak larian anda dan menyediakan grafik terperinci dan maklum balas masa sebenar untuk memperbaiki prestasi larian anda dan mengurangkan risiko kecederaan. Melalui maklumat ini, anda dapat mengkaji semula prestasi dan memperbetulkan bentuk larian selepas setiap sesi latihan.

Terry Ho, Pengurus Perniagaan Serantau SOUL Electronics Limited berkata, “Kami mereka kesemua produk kami untuk memenuhi permintaan atlet serta golongan yang menggemari aktiviti kecergasan harian. Kami terus berada di kedudukan pendahulu trend terkini dan sentiasa seiring dengan keperluan dan kehendak spesifik pengguna. RUN FREE PRO BIO terbaharu ini merupakan fon telinga A.I pertama yang dibangunkan menerusi usaha bersama Beflex untuk menyediakan penyelesaian latihan peribadi yang mudah dipakai. SOUL mahu menyediakan generasi baharu teknologi sukan di pasaran, beralih daripada fungsi jejak ke latihan. Malah, usaha tersebut disasarkan ke semua produk A.I kami yang akan datang.

“Sebahagian daripada matlamat jalinan kerjasama dengan 11street adalah untuk mendekati rakyat Malaysia yang menjalani gaya hidup lebih sihat secara proaktif dan memenuhi keperluan komuniti tersebut,” katanya.

Jenny Tay, Ketua Pegawai Pemasaran 11street berkata, “Kami amat gembira melihat lebih ramai rakyat Malaysia melabur dalam penjagaan kesihatan mereka, berdasarkan jualan 11.11 kami baru-baru ini yang telah melonjakkan kedudukan kategori produk ‘Kesihatan & Kecantikan’ ke tiga kategori utama pembelian pelanggan.

“Sehubungan itu, usaha kerjasama dengan SOUL Electronics ini adalah pada masa yang tepat dan merupakan langkah strategik pihak kami untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan memperluaskan penyenaraian produk dalam kategori ini.

“Kami amat teruja menjadi yang pertama di rantau Asia Tenggara untuk menyediakan RUN FREE PRO BIO, fon telinga kecerdasan pintar pertama dunia, kepada para pelanggan 11street pada jualan 12.12 yang akan datang dan kami menjangkakan langkah penambahan produk di dalam platform kami akan terus menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelanggan.”

Fon telinga RUN FREE PRO BIO memaparkan kualiti bunyi terbaik dengan penyahkod stereo apt-X bagi keterhubungan lancar dalam sebarang persekitaran dengan keupayaan fungsi sehingga 11 jam menerusi pengecasan penuh. Fungsi kalis cuacanya juga menyediakan perlindungan daripada peluh dan air, sementara kancing telinga boleh ditukar ganti ergonomik memastikan fon telinga itu sentiasa terletak sempurna dan selesa pada pelbagai saiz telinga.

Tambahan kepada itu, fon telinga berkenaan juga dilengkapi dengan lampu LED keselamatan dan kabel memantul bagi penglihatan yang lebih jelas dan penjagaan keselamatan semasa larian malam.

SOUL terus memperluaskan siri sukan dan gaya hidup mereka, memberi fokus terhadap pembangunan produk Tanpa Wayar Sebenar dan A.I untuk menawarkan penyelesaian audio terbaik industri yang menawarkan kualiti bunyi dan keselesaan terbaik, di samping rekaan bergaya.

Menerusi usaha kerjasama ini, para pelanggan boleh membuat tempahan awal fon telinga RUN FREE PRO BIO secara eksklusif di 11street pada harga RM699, dari 4 hingga 12 Disember 2018. Pelanggan yang membeli fon telinga berkenaan layak menikmati manfaat pertukaran 1-bagi-1 dalam tempoh setahun, tertakluk pada terma dan syarat, serta jaminan lanjutan yang disediakan dengan mengimbas kod QR yang tersedia pada kotak produk.

Didatangkan dengan pilihan warna Power Grey dan Passion Red dengan kepala telinga pelbagai saiz, fon telinga berkenaan sesuai dipakai oleh semua jenis pengguna dan pada sebarang persekitaran larian, menjadikan RUN FREE PRO BIO penyelesaian latihan peribadi mudah dipakai terbaik sepanjang pengembaraan kecergasan anda.

Mulai 4 hingga 31 Disember 2018, SOUL Electronics juga akan menyediakan potongan 20% di kedai mayanya di 11street, tidak termasuk RUN FREE PRO BIO. Individu yang membuat pembelian fon telinga RUN FREE PRO BIO akan menerima kupon kredit bernilai RM200 setelah membuat pengesahan pembelian. Pelanggan juga boleh mendapatkan produk-produk SOUL terpilih daripada aplikasi Boost pada kadar diskaun 20% dari 4 hingga 31 Disember 2018, sementara stok masih ada.

Di samping itu, 11street juga turut menawarkan pelbagai tawaran dan promosi yang luar biasa untuk pelanggan sempena jualan 12.12 yang akan datang. Bermula pada 5 hingga 10 Disember, para pelanggan akan mempunyai akses kepada Muat Turun Kupon Jenama Khas 12.12 bagi 12 produk utama daripada 12 jenama popular merentasi pelbagai kategori serta Tawaran Jenama sehingga 90%. Pembeli juga boleh nantikan Promosi Permainan Krismas di 11street, di mana pengguna boleh mendaftar masuk setiap hari untuk mendapatkan kupon. Bukan itu sahaja! 11street juga turut menawarkan Tawaran Kilat dari 11 hingga 14 Disember, serta Tawaran ebaucar dari 18 hingga 20 Disember.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.11street.my/store/soulelectronics
 

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!