Home / Artikel Menarik / SAMSUNG Perkenal Gear Sport, Gear Fit2 Pro dan Gear Icon X

SAMSUNG Perkenal Gear Sport, Gear Fit2 Pro dan Gear Icon X

Combo_Lifestyle_Group_Running_2P_RGB - Copy

Samsung Electronics Co., Ltd. memperkenalkan tiga peranti baru dalam portfolio wearable iaitu jamtangan pintar Gear Sport; gelang kecergasan dengan GPS, Gear Fit2 Pro dan generasi kedua putik corong telinga tanpa kord, Gear IconX.

Combo_Lifestyle_Couple_Bike_2P_RGB

Ketiga-tiga peranti baru ini direka untuk membantu para pengguna dalam pelbagai aktiviti – dari mengesan aktiviti kecergasan ke pemakanan, pemantauan tidur serta latihan bermotivasi untuk kehidupan lebih sejahtera dan seimbang.

Gear-Fit2-Pro_Lifestyle_Swimming_Red_2P_RGB

Antara fungsi baru yang boleh didapati dalam Gear Sport dan Gear Fit2 Pro:

  • Disahkan kalis air 5ATM dan pengesan renang:.Dilengkapi aplikasi latihan renang Speedo, Speedo On, Gear Sport dan Gear Fit2 Pro membolehkan si pemakai merakam parameter renang seperti lap count, lap time, jenis strok dan banyak lagi.
  • Pengesan Nadi yang canggih: Dengan ketepatan yang lebih baik, kedua peranti ini membolehkan si pemakai memantau kadar degupan jantung atau nadi secara langsung.
  • Rakan kerjasama premium: Aktiviti harian boleh ditambah ke aplikasi Under Armour dan Spotify. Kedua-dua peranti boleh digunakan untuk mengakses aplikasi kecergasan Under Armour termasuk Under Amour Record™, MyFitnessPal®, MapMyRun® dan Endomondo™ untuk mengesankan aktiviti, nutrisi, tidur dan kecergasan. Mode offline dalam aplikasi Spotify membolehkan muzik dinikmati secara offline dan tanpa telefon.
  • Pengesan Aktiviti Automatik: Peranti dilengkapi pengesan aktiviti yang pintar dan boleh mengenali pergerakan seperti berjalan, berlari, berbasikal, menari dan sebagainya.
  • Motivasi Peribadi: Anda boleh mengubahsuai pelan kecergasan dan pemberitahuan (alert) mengikut sasaran anda.

03 Gear Sport_Black_blue

Gear Sport: Jam tangan pintar untuk gaya hidup aktif
Rekabentuk Gear Sport adalah bergaya tetapi praktikal, lengkap dengan bezel bulat yang minimalistik. Skrin 1.2-inch Super AMOLED dan interface pengguna yang diperbaharui membolehkan maklumat dibaca dengan mudah walaupun dalam pergerakan. Dengan Gear Sport, pengguna dapat berusaha untuk mencapai sasaran peribadi sama ada dalam kesihatan dan kecergasan, dan juga menerima pemberitahuan (alert) pemantauan zat pemakanan (nutrition) dan cadangan aktiviti, walaupun dalam keadaan offline.

Direka untuk menepati tahap ketahanan militari, peranti ini boleh digunakan dalam keadaan yang lasak. Bentuknya sleek dan ergonomik manakala strapnya boleh ditukar-ganti dengan mudah mengikut warna dan rekaan, Gear Sport bakal didapati dalam warna Biru dan Hitam.

Antara fungsi Gear Sport yang lain adalah:
• Boleh digunakan untuk mengawal peranti Samsung (IoT-enabled) menerusi Samsung Connect
• Bertindak sebagai alat kawalan jauh, sama ada untuk persembahan PowerPoint atau Samsung Gear VR headset.
• Membayar melalui Samsung Pay (NFC sahaja)

Samsung_001_Gear Fit 2 Pro

Gear Fit2 Pro: Gelang kecergasan dengan pengesan GPS
Selain daripada fungsi renang dan pengesan nadi, Gear Fit2 Pro juga dilengkapi dengan pengesan GPS dalaman yang canggih untuk merakam aktiviti larian atau berbasikal dengan tepat..Gear Fit2 Pro mempunyai paparan 1.5 inci Super AMOLED yang melengkung dan skrin sesentuh berwarna dan beresolusi tinggi yang mudah dibaca. Boleh didapati dalam warna Hitam dan Merah, gelang kecergasan yang ringan ini adalah satu aksesori yang bergaya dan versatil.

Samsung_003 IconX

Gear IconX: Putik corong telinga (earbud) yang selesa dan tanpa kord.
Putik corong telinga Gear IconX membolehkan anda menikmati muzik ketika dalam perjalanan atau senaman. Muzik boleh dimainkan secara online dan juga offline melalui telefon pintar Samsung atau komputer peribadi PC, menerusi sambungan Bluetooth. Gear IconX juga dihubungkan ke Bixby di mana anda boleh menggunakan suara untuk mengawal muzik atau telefon anda, tanpa menggunakan tangan.

Rekaan yang diperbaharui ini didatangkan dalam warna Hitam dan bentuk yang lebih ergonomik serta ringan.

Kepada pelari-pelari sekalian, Gear IconX mengesan aktiviti larian secara automatik dan mempunyai fungsi Running Coach yang boleh dihidupkan dengan mengetik (tap) putik corong telinga tersebut untuk mendapatkan audio makluman senaman secara real-time tanpa menggunakan telefon. Dengan pengecasan yang pantas dan hayat bateri yang tahan lebih lama untuk striming muzik sehingga lima jam atau tujuh jam untuk mainbaik muzik sahaja. Gear IconX juga mempunyai storan dalaman sehingga 4G untuk mainbalik muzik bersendirian.

Gear Fit2 Pro boleh didapati di Malaysia pada akhir bulan September manakala kedua-dua Gear Sport dan Gear IconX bakal berada di pasaran dalam bulan November.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.samsung.com/my/

Check Also

10 Sebab Anda Harus Sertai Penang TOP International Tower Run

Share this on WhatsApp Anda gemarkan cabaran larian menara? Adakah anak-anak tangga memberikan debaran yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!