adidas Athletics malancarkan koleksi Z.N.E. yang terbaru, satu rangkaian pakaian pertama dalam kategorinya tersendiri yang diilhamkan dari peningkatan degupan jantung sebelum satu perlawanan.
Dengan kerjasama atlet-atlet, adidas menumpul dan menganalisa data untuk membangunkan rangkaian Athletics Pulse ini. Proses rekaan bertumpu kepada ‘pulse moment’, ketika atlet meninggalkan bilik persalinan ke arena perlawanan, detik di mana debaran jantung semakin meningkat.
Koleksi ini menampilkan adidas Z.N.E. Pulse Knit Hoodie, direka dengan tenunan berbentuk degupan jantung yang unik menggunakan bulu biri-biri merino yang telus udara (breathable). Ia direka untuk keselesaan kepada si pemakai, tanpa mengira apa jenis sukan.
Juga dalam koleksi ini adalah, Jacquard hoodie yang sesuai dipakai ke arena sukan atau kegunaan harian ke mana sahaja.
Koleksi adidas Athletics Z.N.E. Pulse mula dijual secara global pada 31 Ogos 2017. Harga koleksi Z.N.E Pulse bermula dari RM590 dan boleh didapati di semua kedai adidas Sports Performance di Suria KLCC, Pavilion KL, The Gardens Mall dan secara online di shop.adidas.com.my.