Home / Promosi / PERADUAN: Menangi Tiket Gala Tayangan Perdana “By MY Side”

PERADUAN: Menangi Tiket Gala Tayangan Perdana “By MY Side”

By_My_Side_002

Filem pertama terbitan tonton bersama Jinnyboy TV bakal ditayangkan di pawagam mulai 16 September ini. Filem yang berjudul BY MY SIDE ini mendapat sentuhan pengarah Reuben Kang dan menampilkan Jin Lim selaku penerbit eksekutif. Filem yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantara ini bertemakan cinta remaja sehingga alam dewasa.

BY MY SIDE mengisahkan percintaan pasangan remaja lakonan Marriane Tan (Faye) dan Brandon Ho (Ben) yang melalui kehidupan penuh onak duri, sedih dan gembira.

Bagaimanapun, Ben mula berubah ketika melanjutkan pelajaran di luar negara. Faye yang berada di Malaysia tetap setia menanti kekasih hatinya itu.

Selain Marriane dan Brandon, pelakon lain yang terbabit antaranya Josephine Yap, Arwind Kumar, Nadia Nash, Adam Shamil dan Maggy Wang.

PERADUAN:
#JOMKITALARI dan tonton ingin mengajak lima (5) pembaca dan pasangan untuk menghadiri malam gala tayangan perdana filem BY MY SIDE.

Tarikh: 15 September 2017 (Jumaat)
Masa Pendaftaran: 7:30pm
Masa Tayangan: 9:00pm
Tempat: TGV, One Utama

Sertailah peraduan mudah ini dengan tiga langkah di bawah:

1) Sila LIKE https://www.facebook.com/jomkitalari/

2) Namakan seorang pelakon utama dalam filem BY MY SIDE.

3) Hantarkan jawapan anda melalui emel ke [email protected] dengan subjek emel “#JOMKITALARI BY MY SIDE“. (sertakan NAMA PENUH, Nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon). Emel yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

Lima pemenang akan dipilih secara rawak selepas tarikh tutup pada 13 September 12:00 tengahari. Setiap pemenang akan menerima dua (2) pas untuk menghadiri malam gala tayangan perdana BY MY SIDE. Kami akan maklumkan kepada pemenang melalui emel. Oleh itu, jangan lupa menyemak email anda.

#jomkitalari

Check Also

PERADUAN: Menangi Tiket Tayangan Istimewa “ONE NIGHT ONLY”

Share this on WhatsApp Ada peminat-peminat pelakon handalan Hong Kong, Aaron Kwok di kalangan pembaca …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!