Kuala Lumpur, 24 August 2017 — Pembekal peralatan kecergasan premium, F1 Recreation Sdn Bhd tlah dilantik sebagai pengedar kepada jenama TRUE® di Malaysia. Jenama yang berasal daripada Amerika Syarikat disasarkan untuk kegunaan kondominium, gimnasium, hotel, kelab, universiti, bada korporat dan atlet professional, serta pengguna peribadi bagi memerangi kadar obesiti yang semakin meningkat naik.
Dengan perlantikan F1 Recreation sebagai pengedar jenama TRUE, pengguna di Malaysia boleh mendapatkan mesin kardio dengan rekaan ruang yang efisien, yang dilengkapi empat jenis konsol yang membolehkan mesin tersebut dinaiktaraf dengan tambahan fungsi dengan hanya menukar konsol yang terbabit.
Antara mesin kardio jenama TRUE yang terbaru di pasaran adalah “Traverse Lateral Trainer” yang menggunakan pergerakan sisi badan untuk membina otot-otot teras (core) dan bahagian bawah badan. Treadmill C400 terbaru untuk kegunaan komersil, kesihatan dan perubatan juga dilengkapi dengan fungsi kawalan nadi (HRC Heart Rate Control®) dan TRUE’S low-impact Soft System®.
Mesin-mesin tersebut juga menampilkan ciri-ciri yang canggih seperti konsol paparan sesentuh (touch screen) Transcend yang menawarkan pelbagai fungsi hiburan, hubungkait Bluetooth dan layaran Internet manakala fungsi Virtual Active membawa pengguna yang sedang berlari di atas treadmill ke lokasi-lokasi menarik secara maya, seperti denai di California, jalan-jalan yang sibuk di kotaraya Chicago, atau melalui pemandangan indah di utara Italy.
Majlis perlantikan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Fl Recreation, En. Adam Soong. dan Pengurus Asia Pasifik TRUE, Mr Stuart Wigley. Turut hadir di majlis perlantikan tersebut adalah juara bina badan Lillian Tan, Syed Fazli Syed Ali, Terence Teo, Rykiel Cherie dan Jacqie Tan, dan juga guru kecergasan Wong Yu Jin.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/f1recreationmy/