Sejak akhir-akhir ini, banyak acara larian dibatal atau ditunda tanpa sebab-sebab yang sahih. Ramai penganjur yang berselindung di sebalik alasan “under unforeseen circumstances” atau “atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan”. Di sini kami senaraikan nama-nama penganjur yang pernah menunda/ membatalkan acara mereka buat rujukan semua.
Kepada pelari yang terkesan, sila buat tuntutan wang anda dengan segera. Jika wang anda tidak dikembalikan juga, buatlah laporan polis dan aduan pengguna kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional.
Kepada penganjur atau bakal penganjur acara larian, tolonglah buat perancangan yang terperinci dahulu sebelum menjual tiket/ membuka pendaftaran kepada orang ramai. Jadilah penganjur yang berwibawa atau kredibel. Bersiap sedia untuk prepare for the worse dengan pelan sandaran (contingency plan) . Kalau semua ikhtiar menemui jalan buntu, barulah ambil keputusan untuk menunda atau membatalkan acara.
1. Wisdom Sports Sdn. Bhd – Malaysia Marathon (DIBATALKAN)
Tarikh: 1 October 2017
Tarikh Pengumuman Pembatalan: 5 September 2017
2. Trizone Ventures Sports Organiser – Challenge Putrajaya Half Marathon 2017 (DITUNDA DAN DIBATALKAN)
Tarikh asal: 16 April 2017
Tarikh pengumuman penundaan: 13 April 2017
Tarikh baru: 1 Oktober 2017
Tarikh pengumuman pembatalan: 11 September 2017
3. IH Events – Bukit Puchong Run 2017(DITUNDA DAN DIBATALKAN)
Tarikh asal: 23 April 2017
Tarikh pengumuman penundaan: 16 April 2017
Tarikh Baru: 9 September 2017
Tarikh pengumuman pembatalan: 6 September 2017 (Tiga hari sebelum acara!)
Senarai ini dikemaskinikan pada 12 September 2017.
Sila hubungi kami jika ada nama-nama penganjur yang belum kami masukkan ke dalam senarai ini.