Home / Artikel Menarik / Serba-Serbi Lari / Miliki Kuku yang Sihat dengan Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System!

Miliki Kuku yang Sihat dengan Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System!

Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System_Key Visual 1

Dalam penjagaan kaki, dandanan kuku kaki berada pada kedudukan kepentingan selepas pembersihan kaki dan memotong kuku – dan juga untuk tangan yang cantik, kuku yang sihat dan berkilat adalah penting. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan orang, mengasah dan mendandan kuku kaki dan tangan adalah tugas yang agak membosankan. Hasil yang baik selalunya hanya boleh dicapai menerusi rawatan kaki dan kuku tangan yang mahal dan memakan masa yang lama.

Daripada membeli pakej penjagaan kuku kaki dan tangan yang anda tahu akhirnya anda mungkin tidak akan guna, atau meninggalkan kuku dalam keadaan au naturel, dengan permukaan kasar dan kuku yang tidak sekata, Scholl menawarkan anda cara yang baru dan cepat untuk mendapatkan kuku yang sihat dan bersinar secara semula dalam hanya 3 langkah dengan Velvet Smooth Electronic Nail Care System!

Matias Caride, Pengara Pemasaran RB Malaysia & Singapura menjelaskan, “Penjagaan tangan dan kaki mungkin kelihatan remeh, tetapi kedua-dua bahagian ini yang menunjukkan memberikan berapa banyak masa dihabiskan dalam mengabaikannya! Kami sedar bahawa para wanita mahu kelihatan cantik, maka kami telah mencipta Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System khusus untuk wanita yang sibuk. Dalam masa beberapa minit, anda akan memperoleh kuku cantik, licin dan berkilat yang sama seperti yang anda peroleh daripada salon kuku, tanpa perlu membuang masa dan wang”.

Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System_Pack Shot

 Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System yang kecil, bergaya dan mudah dibawa menampilkan reka bentuk ergonomik yang muat pada tangan anda. Ia sesuai digunakan untuk kuku tangan dan juga kuku kaki. Pen elektronik ini juga muat dalam beg tangan kecil agar anda boleh mengekalkan kuku anda dalam keadaan sempurna sepanjang hari, tidak kira di mana anda berada.

Dengan bekalan kuasa 1 biji bateri bersaiz AA, bahagian kepala yang berayun dibekalkan dengan tiga jenis kepala yang boleh diklik masuk dengan mudah. Dua pilihan kelajuan yang berbeza menyediakan kawalan optimum dan hasil diingini – gunakan tetapan yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang paling cepat dan tetapan yang rendah untuk prestasi yang lebih lembut.

 

Langkah 1: MENGASAH
Asah dan bentuk hujung kuku mengikut bentuk yang dikehendaki. Mengasah membantu mencegah kerosakan kuku seperti yang disyorkan oleh pakar-pakar kuku. Ini terutamanya penting untuk kuku kaki, yang lebih tebal dan lebih keras, menjadikan kuku lebih sukar untuk dipotong dengan betul.

Tip Scholl: Asah kuku kaki dalam bentuk lurus untuk mencegah kuku tumbuh ke dalam.

 

Langkah 2: MENGGOSOK
Gosok perlahan-lahan permukaan kuku untuk melicinkannya. Gunakan hujung yang tirus untuk mencapai sudut sepajang bahagian tapak kuku. Pastikan anda tidak menggosok setiap kuku lebih daripada 15 saat setiap dua minggu untuk mengelakkan kuku menjadi terlalu nipis. Jika kuku anda secara semula jadi nipis, menggunakan tetapan atau kelajuan yang paling rendah.

 

Langkah 3: MENGGILAP
Gilap permukaan kuku sehingga kesan berkilat yang dikehendaki dicapai. Ulangi langkah ini seperti yang diperlukan untuk mengekalkan kesan berkilat, walaupun tanpa penggunaan pengilat kuku yang jernih. Untuk lebih bersinar secara sekata, guna kelajuan yang lebih cepat dan bermula dari setiap sisi kuku, bergerak ke arah pusat. Bahagian kepala yang tirus membolehkan anda dengan mudah pergi ke tempat-tempat yang sukar dicapai seperti sudut dalaman kuku.

Scholl Velvet Smooth Nail Care Oil_Pack shot

Selepas menggunakan Sistem Penjagaan Kuku Elektronik Velvet Smooth Scholl, lengkapkan rutin mencantikkan kuku di rumah anda dengan Scholl Velvet Smooth Nail Care Oil yang melembapkan dan merapikan kutikel dan kuku anda untuk kelihatan lebih berkilat dan sihat. Minyak penjagaan kuku ini dirumus khas dengan Vitamin E, Omega 3 dan 7 Complex Oil berkhasiat yang menggabungkan ciri berkhasiat Minyak Biji Bunga Matahari, Minyak Badam Manis, Minyak Biji Rami, Minyak Biji Aprikot, Minyak Avokado, Minyak Argan dan Minyak Shea. Berus aplikasi menghalang titisan dan tumpahan, dan membolehkan anda mengawal jumlah tepat yang diperlukan.

Sesuai untuk kegunaan di rumah dan dalam perjalanan, Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System memberikan anda hasil yang profesional dalam keselesaan di rumah anda sendiri, mengikut keselesaan anda. Hasilnya: kuku yang secara semula jadi berkilat dan sihat dalam beberapa minit, lebih cepat daripada anda boleh berkata, “Wow, itu adalah mudah!”

Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System (RM135.20), Isian Semula Kepala Penjagaan Kuku (RM29.90) dan Minyak Penjagaan Kuku (RM34.90) ada dijual di farmasi dan pasar raya termasuk Caring, Guardian, Watsons, Giant dan Tesco. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Scholl Malaysia di http://www.scholl.com.my/

 

Check Also

8 Langkah Keselamatan di Berlin Marathon – Acara Larian Terbesar Pasca-pandemik di Dunia

Share this on WhatsApp Acara marathon terpantas di dunia, Berlin Marathon telah kembali ke jadual …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!