Home / Berita Terkini / Lumba Lari Berganti 21km Kuala Kubu Baru Sasar 800 Pelari

Lumba Lari Berganti 21km Kuala Kubu Baru Sasar 800 Pelari

Kual_Kubu_Baru_Relay_001

Kuala Lumpur, 25 Julai 2016 – Buat pertama kalinya, acara Lumba Lari Kuala Kubu Baru 21km bakal dianjurkan pada 3 September 2016 (Sabtu) bermula 3 petang di Stadium Mini, Majlis Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru.

Idea untuk larian ini dicetuskan oleh bekas pelari jarak sederhana kebangsaan, B. Rajkumar, yang dilahirkan di Kuala Kubu Baru. Beliau juga adalah pengerusi dan juga duta kepada acara tersebut.

Acara ini adalah usahasama Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTKLAA) dan Persatuan Olahraga Selangor (SAA) untuk menghidupkan kembali lumba lari berganti yang amat popular di era 1960an sehingga 1980an. Ia juga bertujuan untuk memberikan satu platform untuk membangunkan sukan lumba lari melalui persaingan di peringkat kelab.

Kual_Kubu_Baru_Relay_002

Acara terbuka kepada orang ramai dalam kumpulan empat pelari mengikut kategori umur. Setiap pelari harus menamatkan larian sejauh 5.25km sebelum menghulurkan baton kepada peserta berikutnya. Cip perakam waktu akan dipasang ke dalam setiap baton untuk mendapatkan masa larian setiap peserta.

Setiap pelari yang berjaya menghabiskan larian akan diberikan pingat dan kemeja-T penamat. Trofi bakal dianugerahkan kepada tiga kumpulan terpantas dalam setiap kategori. Hadiah wang tunai berjumlah RM14,500 ditawarkan kepada pemenang.

Antara para penaja acara larian ini adalah Bata (Kasut Power), minuman isotonik 100Plus dan kemeja-T sukan Ultron.

Pendaftaran boleh dibuat secara online dan juga di kaunter FTKLAA. Pengangkutan ke Kuala Kubu Baru turut disediakan untuk para peserta dengan tambang yang berpatutan.

Kual_Kubu_Baru_Relay_003

B. Rajakumar (gambar), adalah juara acara larian 800m di Asian Track and Field championship di Jakarta pada tahun 1985 pada umur 22. Beliau dibesarkan di Kuala Kubu Baru dan mendapat latihan daripada coach A. Tripadi, yang juga berasal dari Kuala Kubu Baru.  Adalah menjadi visinya untuk menganjurkan larian ini di Kuala Kubu Baru untuk memperkenalkan keindahan alam dan membangunkan latihan olahraga.

Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, sila layari https://mro.myraceonline.com/kkb16/registrations

Check Also

12 Sebab Anda Harus Mulakan 2021 Dengan Run Streak

Share this on WhatsApp Apakah itu running streak? Jika anda berlari dalam tempoh beberapa hari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!