Home / Artikel Menarik / Apa Kata Pelari? / Laporan Penuh – Tinjauan RaceXasia Tentang Acara Sukan Pasca-Covid di Malaysia

Laporan Penuh – Tinjauan RaceXasia Tentang Acara Sukan Pasca-Covid di Malaysia

Siaran ihsan RaceXasia

Pengenalan
Kaji selidik telah dilakukan dari 15 Mei hingga 31 Mei 2020 dengan 1021 responden dicatat. Lebih daripada 70% responden berasal dari Selangor dan Wilayah Persekutuan. Walaupun maklum balas dari Johor (5.7%) dan Pulau Pinang (4%) tidak tinggi, kami yakin dari maklum balas tinjauan yang kami perolehi, ia dapat mewakili pendapat dari sector industri larian kerana kebanyakan acara diadakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Daripada jumlah responden, 59% adalah lelaki, 29% adalah perempuan dan 2% memilih untuk tidak menyatakan jantina mereka. Sebilangan besar responden adalah pelari dengan 78% dari komuniti bukan pelari trail.

Ringkasan Eksekutif
Kaji selidik ini telah menunjukkan bahawa 65.6% responden gembira kerana mereka dibenarkan bersenam di luar rumah semasa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) sementara ada yang masih berhati-hati dengan gelombang COVID-19 yang mungkin akan menular sekali lagi. Meskipun mereka berasa gembira keluar dari rumah, kira-kira 40.5% responden masih tidak selesa untuk mendaftar acara baru pada tahun 2020, walaupun dengan Prosedur Operasi Tetap (SOP) oleh pihak berkuasa. Kami percaya bahawa ini mungkin disebabkan oleh keraguan ke atas SOP yang belum diketahui dan keadaan yang membimbangkan pada masa ini. Walau bagaimanapun, pendapat mungkin boleh berubah dengan penjelasan yang lebih baik dari pihak berkuasa.

Tambahan pula, dalam norma baru, faktor luaran seperti kadar jangkitan di tempat kejadian (68%), dengan adanya vaksin (60%) dan panduan pihak berkuasa (> 60%) akan menjadi
beberapa faktor utama dalam penentuan untuk penyertaan sesuatu acara. Selanjutnya, keputusan untuk mengambil bahagian dalam acara akan bergantung pada kebolehpercayaan penganjur seperti reputasi (61.1%), kemampuan untuk melakukan sanitasi dan pembersihan dengan betul (68.2%) dan polisi pembatalan, pemulangan yuran penyertaan dan / atau penangguhan acara (68.6% ). Faktor terakhir ini mungkin dipengaruh oleh kira-kira 63.8% responden yang mengalami pembatalan atau penangguhan acara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setelah pengendalian acara sukan dibenarkan oleh pihak berkuasa, 75% responden bersetuju dan besedia untuk menerima kemungkinan kenaikan yuran pendaftaran disebabkan oleh
langkah-langkah tambahan kawalan kesihatan yang diperlukan oleh pihak berkuasa. Secara keseluruhan, kami merasakan bahawa responden masih mempunyai keraguan dan berhati-hati dalam rancangan mereka untuk kembali berlumba di luar.

Maklumat
Kaji selidik ini dibahagikan kepada 4 bahagian yang berbeza:

  1. Acara tahun 2020
  2. Perlumbaan Maya (“Virtual Races”)
  3. Acara akan datang tahun 2021
  4. Pengumpulan dan analisa responden

ACARA TAHUN 2020
Sebanyak 76.5% responden telah mengambil bahagian dalam acara sebelum 18 Mac 2020 dan sebanyak 79.3% responden sekurang-kurangnya mempunyai satu acara yang dijadualkan pada tahun 2020. Mereka yang mempunyai acara selepas bulan Mac, hampir semua acara telah dibatalkan atau ditangguhkan.

Menerusi acara yang dibatalkan atau ditangguhkan, lebih daripada 87% acara telah ditangguh ke tarikh yang baru. Lebih daripada 63% acara juga tidak menawarkan pilihan pemulangan yuran penyertaan atau sebarang pampasan.

Ketika kaji selidik ini dilakukan, masih belum ada petunjuk atau SOP yang jelas dari pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, walaupun dengan SOP yang ditentukan, kami mendapati bahawa majoriti responden tidak berasa selamat untuk mendaftar atau masih tidak pasti sama ada mereka akan mendaftar dalam acara untuk baki tahun 2020. Ini dapat difahamkan kerana keadaan pandemik yang masih sangat aktif dan mungkin berubah dalam sekelip mata dengan penemuan jangkitan kluster baru. Ini menimbulkan rasa tidak selesa dalam jangka masa pendek, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Kami percaya bahawa sekatan perjalanan antara negeri akan dibubarkan tidak lama lagi selepas fasa PKPB. Namun, yang mengejutkan adalah lebih daripada 56% responden tidak berminat dan tidak selesa untuk melancong ke luar negeri ketika ini. Ini boleh mempengaruhi beberapa acara besar yang mempunyai penyertaan dari negeri lain.

Kelonggaran semasa senaman luar rumah semasa PKPB disambut baik dengan majoriti (65.6%) dan sekurang-kurangnya 49% telah melakukan senaman di luar rumah.

PERLUMBAAN MAYA (VIRTUAL RACE)
Dunia perlumbaan maya bukanlah acara yang baru. Kami telah melihat pertambahan jumlah acara perlumbaan maya sejak kebelakangan ini tetapi penganjur masih berhadapan dengan
jumlah pendaftaran yang rendah berbanding dengan jumlah pendaftaran acara secara fizikal. Dengan mengambil kesempatan situasi sekarang, penganjur acara besar telah muncul di dalam dunia perlumbaan maya seperti IRONMAN, Boston Marathon, Rock and Roll Marathon dan banyak lagi.

Di Malaysia, kami percaya bahawa perlumbaan maya belum benar-benar ditangani dan mungkin juga tawaran yang disediakan adalah tidak cukup menarik. Minat untuk mendaftar
dalam perlumbaan maya di Malaysia masih berbahagi. Kami berpendapat bahawa penyertaan dalam acara fizikal mungkin bukan hanya untuk berlumba tetapi adalah kerana semangat
persahabatan dan ingin bersekutu dengan rakan-rakan. Perkara ini sukar untuk dicapai dengan perlumbaan maya.

Kami telah bertanyakan kepada responden mengenai pilihan jarak yang disukai sekiranya mereka ingin mendaftar untuk larian maya. Saiz pasaran semakin kecil sekiranya jarak larian maya lebih jauh.

ACARA TAHUN 2021
Berita baiknya adalah 60.6% responden yakin akan mendaftar untuk sesebuah acara pada tahun 2021. Selebihnya, sebahagian besar menyuarakan kebimbangan mereka iaitu dengan
adanya vaksin dan keadaan pandemik pada tahun 2021. Kami percaya bahawa jika pihak berkuasa dapat terus membina keyakinan (walaupun tanpa wujudnya vaksin) dan dengan SOP yang betul, sebahagian daripada 40% responden yang lain akan yakin untuk mendaftar.

Cabaran bagi penganjur acara dan pemilik acara adalah untuk mencari keseimbangan antara factor-faktor luaran dengan kawalan dalaman untuk memenuhi syarat-syarat peraturan dan
pembiayaan bagi memastikan penganjuran acara tidak gagal. Secara umum, tiga faktor utama luaran adalah berkait dengan lokasi jangkitan / kadar kematian, cadangan pihak berkuasa mengenai penjarakan sosial dan panduan perhimpunan orang ramai.

Dari segi penganjuran acara pula, dua faktor utama untuk menentukan penyertaan sesebuah acara semasa pasca pandemic merujuk kepada polisi pembatalan acara, pengembalian wang dan / atau syarat penangguhan dan rancangan pembersihan untuk acara tersebut. Kami percaya bahawa ini disebabkan oleh kesan yang dihadapi oleh para peserta terhadap pengembalian yuran pendaftaran dan penangguhan acara sejak Mac.

Reputasi sesebuah penganjur tetap berada di kedudukan tiga teratas dalam pasaran kerana keselamatan dan jaminan kepada para peserta. Ketidakperluan penonton juga menjadi
perhatian sebilangan majoriti responden.

Tiga kebimbangan yang paling ketara adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti karnival seperti saiz tapak karnival, pameran dan urutan selepas perlumbaan.

Sepanjang tempoh pandemik ini, pendidikan mengenai kebersihan, penjagaan kendiri dan penjarakan sosial akan terus meningkat sebagai keutamaan para peserta dalam acara pada
pasca pandemik.

Keperluan kawasan mencuci dan pembersih tangan serta keperluan pemeriksaan kesihatan tempat akan menjadi perkara baru dalam pelaksanaan sesuatu acara. Keperluan ini mungkin
merupakan sebahagian daripada SOP yang akan datang dari pihak berkuasa dan memberi kesan ketara kepada kos sesebuah acara.

Satu penemuan yang menarik dari kajian ini adalah bahawa majoriti responden meletakkan pemakaian pelitup muka pada suatu acara sebagai keperluan terendah bagi tahap keselamatan
dan keutamaan oleh pihak penganjur. Ini mungkin punca dari laporan berita bahawa pelari rebah semasa berlari dengan memakai topeng. Walau bagaimanapun, bagi penganjur acara,
adalah penting untuk melakarkan dasar dan garis panduan yang selaras dengan SOP dari pihak berkuasa, terutamanya mengenai penggunaan pelitup muka yang bertanggungjawab pada suatu acara.

Secara keseluruhannya, kami dapati jumlah peserta perlu dikurangkan bagi acara dalam pasca pandemik. Walaupun tiada pilihan yang tertentu mengenai jumlah peserta sesebuah acara
tetapi responden kelihatan lebih selesa dengan jumlah peserta yang berkurangan. 68% responden berasa selesa dengan 1000 orang peserta ke bawah.

Jelas sekali bahawa para peserta prihatin terhadap pendedahan orang ramai di suatu kawasan dan menunjukkan kebimbangan terhadap acara luar. Lebih ramai lagi bersetuju untuk
menghadkan atau membatalkan persembahan serta ucapan di tapak acara, pengambilan pek larian dan pengambilan pingat serta barang penamat di garisan penamat.

Ekoran kepada kumpulan responden terlibat kali ini, pemilihan perlumbaan Ultra dan Trail tidak menjadi tumpuan walaupun kedua-duanya adalah acara berskala kecil dan kebanyakannya adalah di kawasan terpencil tanpa banyak hubungan sesama manusia.

Berdasarkan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak penganjur dan pihak berkuasa, kami menyoal responden tentang kesanggupan membayar yuran pendaftaran yang lebih tinggi daripada langkah-langkah tambahan untuk memenuhi keperluan SOP yang kelak. 75% responden telah menerima dan menyokong kos atas usaha yang diperlukan untuk menjadikan
acara lebih selamat. Kami yakin perkara ini akan ditentukan berdasarkan jumlah peningkatan dan reputasi serta kepercayaan pemilik acara dan pihak penganjur.

Kesimpulannya,

  1. Penting bagi pemilik dan penganjur acara untuk menilai risiko terhadap kos pelaksanaan acara pasca pandemik, terutama pada tahun ini. Kos penganjuran akan bergantung pada SOP yang diberikan oleh pihak berkuasa dan kemajuan terhadap pemenuan vaksin.
  2. Perancangan yang baik dan berhemah dari aspek kawalan orang ramai, kebersihan dan kesihatan, serta keselamatan adalah faktor penarik untuk acara-acara yang akan datang.
  3. Pengurangan dalam bilangan peserta adalah penting untuk tempoh jangka masa pendek sehingga jangka masa pertengahan. Pemilik dan penganjur acara perlu memikirkan tentang pengendalian acara yang munasabah dan boleh diterima sementara memastikan acara dijalankan. Ia akan mengambil masa yang lama sebelum sebarang acara larian besar-besaran boleh diadakan, sehingga adanya vaksin.
  4. Panduan yang jelas dan tepat kepada para peserta mengenai polisi dan langkah-langkah kawalan dalam sesuatu acara adalah satu keperluan. Ia harus disampaikan kepada peserta lebih awal sebelum acara dengan menyampaikan peringatan secara berterusan.
  5. Sementara negara bergelut dengan wabak pandemik, pembekal khidmat perubatan dan hospital mungkin akan mengalami masalah dalam sokongan kepada acara sukan. Adalah diperlukan untuk membuat perancangan awal mengenai keperluan dan pembekal perubatan.
  6. Kemungkinan besar kelulusan untuk penganjuran acara akan melibatkan lebih banyak pihak berkuasa dan badan kebangsaan sebelum persetujuan diberikan. Ini boleh merangkumi pejabat kementerian kesihatan tempatan (Jabatan Kesihatan Negeri), majlis sukan tempatan (Jabatan Sukan Negeri / Majlis Sukan Negeri) dan majlis
    keselamatan tempatan (Majlis Keselamatan Negeri).
  7. Walaupun dengan penyediaan SOP dari pihak berkuasa, tidak akan ada satu penyelesaian untuk melaksanakan acara dalam pasca pandemi atau semasa tempoh fasa masuk. Setiap acara perlu menyesuaikan dan menerapkan amalan terbaik sendiri untuk memastikan acara tersebut berjaya.
  8. Bagi para peserta, amalan penjarakan sosial dan kebersihan kendiri adalah sangat penting. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua responden, pemilik acara, penganjur dan kelab sukan kerana meluangkan masa anda untuk mempromosikan dan menyelesaikan kaji selidik dari RaceXasia.com.

Hasil kajian adalah berdasarkan kepada maklum balas sebenar yang telah dikumpulkan sepanjang tempoh kaji selidik (15 Mei – 31 Mei 2020). Responden mempunyai pilihan untuk menjawab atau sebaliknya, bagi sebilangan soalan yang disediakan.

Penafian: Hasil kaji selidik ini dibuat berdasarkan 1021 orang responden. Ini mungkin tidak mewakili pandangan keseluruhan industri dan hanya boleh dijadikan sebagai rujukan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi [email protected]

Foto hiasan: Woman photo created by pressahotkey – www.freepik.com

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!