Penangan covid 19 buatkan semua jadi “tiba-tiba”. Tiba-tiba hilang pekerjaan, tiba-tiba hilang punca pendapatan, tiba-tiba norma kehidupan berubah sekelip mata. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Tiada siapa yang bersedia menghadapi pandemik ini.
Dalam pada kita sibuk bercerita tentang syarikat besar yang mengalami kerugian, ada kelompok kecil yang tanpa kita sedar telah terpinggir. Mereka adalah jurulatih-jurulatih yang bergerak sendiri. Mereka juga mempunyai keluarga yang perlu disara, perut yang perlu diisi, dan anak-anak yang perlu diberi makan.
Di bawah kelolaan Run Fast Academy, sebuah program yang prihatin untuk membantu para jurulatih tersebut meneruskan kelangsungan hidup. Jom kita sertai program ini bagi membantu kebajikan jurulatih-jurulatih ini dan pada yang sama kekal sihat dengan bersenam di rumah!
Program termasuk
Sesi tanpa had dalam 30 Hari
Workout/ Senaman 40 minit melalui Zoom
Training merangkumi: Teknik Berlari/ Yoga/ HIIT/ Zumba /Hip Hop Tabata/ Teknik Berlari untuk Kanak-kanak/ Strength Training (Angkat Berat)
Setiap kelas terhad kepada 30 orang dan tempahan/ booking perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum kelas.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://runfastacademy.com/product/get-fit-in-30-days/