Home / Artikel Menarik / COVID-19: Jarak Selamat Ketika Berlari Menurut Saranan Doktor

COVID-19: Jarak Selamat Ketika Berlari Menurut Saranan Doktor

Dr Fadly Khairie

PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) telah dimaklumkan dan rakyat Malaysia telah dibenarkan untuk berlari dan berbasikal selagi ia dilakukan secara berseorang dan tidak secara berkumpulan mulai 4 Mei 2020.

Tapi jika andai kata anda berlari di kawasan orang ramai. Berapakah jarak yang dikatakan sebagai jarak selamat antara seorang runner/cyclist dengan runner/cyclist yang lain.

Jarak 1 meter dalam penjarakan sosial yang kita semua amalkan sebelum ini mengambil kira bahawa kita berdiri tanpa bergerak ke mana-mana.

Satu kajian melalui terowong udara telah dilakukan dan ia mengatakan sekiranya seseorang itu berlari atau berbasikal droplet atau titisan air yang keluar daripada individu tersebut boleh tersebar dengan jauhnya ke belakang. Eksperimen ini juga menyarankan bahawa jarak selamat dengan orang lain sekiranya seseorang itu berlari atau berbasikal adalah:

1. Lebih 20 meter sekiranya berbasikal dengan kelajuan 30km/hr

2. Lebih 10 meter sekiranya seseorang itu berlari dengan kelajuan (pace) 4minit/km

3. Lebih 4 meter sekiranya seseorang itu berjalan

4. Berlari tanpa ada sesiapa di hadapan adalah lebih rendah risiko daripada berlari dengan ada orang di hadapan kita.

5. Berlari bersebelahan dengan jarak 1-4 meter lebih selamat daripada berlari di belakang.

Penjelasan di sebalik jarak ini adalah titisan air yang dikeluarkan akan dengan sampai kepada orang di belakang dengan lebih cepat sewaktu ia masih di udara sebelum ia jatuh ke tanah. Jadi semakin laju anda berlari atau berbasikal, lebih besar penjarakan sosial yang perlu anda lakukan.

Bolehkan kita pakai mask/ topeng muka? Jawapannya boleh namun ia amatlah tidak selesa dan kita akan cepat rasa penat dan sukar bernafas.

Kajian dilakukan kepada cyclist yang memakai respirator menunjukkan bahawa walaupun pemakaian topeng muka tidak menjejaskan performance namun kebanyakan individu mengatakan bahawa mereka akan rasa sukar bernafas.

Kajian dilakukan kepada individu yang berjalan selama 6 minit dengan memakai topeng muka juga menunjukkan kesan yang sama.

Kita masih belum menang, kita juga masih belum kalah. Bersenam 30 minit sehari memang banyak faedahnya tapi bersenamlah dengan selamat. Elakkan pergi ke tempat ramai dan jaga penjarakan sosial.

Oleh:

Dr Fadly Khairie

Doktor Kesihatan Awam

Sumber: https://tinyurl.com/yc3646wy

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!