Home / Grid Featured Post / Koleksi Sukan H&M “For Every Victory” Rai Semangat Kewiraan

Koleksi Sukan H&M “For Every Victory” Rai Semangat Kewiraan

For_Every_Victory_006

Ingin bergaya seperti model-model catwalk ketika anda bersukan? Anda pasti akan terpegun dengan koleksi sukan H&M yang bertemakan “For Every Victory”. Koleksi ini menampilkan suntikan gaya “high fashion” ke dalam pakaian sukan teknikal yang dicipta dengan input pasukan Olimpik Sweden.

For_Every_Victory_001

Kempen “For Every Victory” meraikan semangat kewiraan dalam sukan yang boleh mengubah hidup seseorang. Antara mereka yang ditampilkan adalah pemenang pingat emas Olimpik dalam acara Decathlon, Caitlyn Jenner; Chelsea Werner, seorang ahli gimnastik yang tidak menjadikan Sindrom Down sebagai penghalang untuk kejayaannya; surfer Mike Coots yang masih bergiat dalam sukan luncur air walaupun kudung akibat serangan jerung dan peninju wanita Namibia Flores yang terpaksa menentang prejudis untuk mengecapi impiannya!

For_Every_Victory_002

“Koleksi ini dicipta untuk prestasi sukan dengan gaya yang hebat. Pasukan Olimpik Sweden telah dirujuk dalam proses rekaan koleksi ini dan hasilnya adalah pakaian teknikal high fashion yang sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja,” kata Pernilla Wohlfahrt, Direktor Rekaan & Kreatif di H&M.

For_Every_Victory_003

Semua pakaian dalam koleksi ini telah diuji oleh para atlet Olimpik Sweden dan direkacipta menurut pendapat mereka dari segi rekaan, prestasi dan juga keselesaan

For_Every_Victory_004

H&M juga diberi mandat untuk mereka pakaian pasukan Olimpik dan Paralimpik Sweden untuk acara sukan Olimpik Rio 2016, termasuk uniform upacara pembukaan,pakaian sukan terpilih dan pakaian upacara penganugerahan pingat.

For_Every_Victory_005

Koleksi “For Every Victory” mempunyai corak visual dan ciri teknikal yang sama dengan koleksi pasukan Olimpik Sweden dan menampilkan rangkaian warna yang tersendiri iaitu hitam, kelabu, merah jambu dan emas. Tumpuan diberikan kepada kemeja-T, seluar lari dan legging serta bra sukan untuk wanita.

For_Every_Victory_008

Fabrik cepat kering dan telus udara digunakan untuk memberikan prestasi yang optima kepada si pemakai. Bahan polyester kitar-semula yang digunakan juga menyokong kelestarian alam semulajadi – semuanya tidak menjejaskan prestasi dan juga gaya!

For_Every_Victory_009

Koleksi “For Every Victory” boleh didapati di gedung-gedung H&M yang menjual rangkaian sukan bermula 21 Julai 2016.

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!