ASICS baru-baru ini mengumumkan tiga produk konsep iaitu sut pecut “HL-0 Sprint Suit”, kasut lumba marathon “FLAME RACER” dan kasut pecut “Carbon Sprint Spike”. Ketiga-tiga produk ini telah direkacipta secara eksklusif untuk atlet elit antarabangsa tahun ini.
Sut HL-0 Sprint dan kasut FLAME RACER adalah rekaan baru di dalam rangkaian model konsep ASICS sementara Carbon Sprint Spike adalah satu peningkatan taraf bagi rangkaian kasut pecut ini.
Produk tersebut dibangunkan di ASICS Institute of Sport Science (ISS), Kobe, Jepun yang mempunyai pengalaman 30 tahun ASICS dalam menghasilkan produk sukan yang menepati piawaian pretasi yang tinggi untuk kegunaan atlet-atlet antarabangsa.
HL-0 Sprint Suit:
Sut ini dicipta untuk lari pecut. Ia menampilkan dua fabrik ASICS HL-0 yang mempunyai daya regangan yang tinggi, dicipta untuk memudahkan pergerakan si pemakai tanpa menyebabkan kehilangan tenaga untuk prestasi atlet yang terbaik.
Fabrik tersebut direkacipta bersama TORAY, pengilang fiber sintetik yang terbesar di Jepun. Berbanding the fabric biasa, fabric untuk HL-0 adalah 80% lebih ringan dan memerlukan 80% tenaga untuk meregangkannya. Ia boleh mengurangkan kehilangan tenaga apabila kembali ke bentuk asalnya.
Christopher Lemaitre, pelari pecut juara Eropah, medalis Olimpik dan atlet tajaan ASICS berkata, “Saya pasti HL-0 Sprint Suit ini dapat membantu saya berlari kerana saya dapat rasakan sokongan yang diberikan oleh fabric dan tiada kehilangan tenaga semasa dalam pergerakan. Walaupun banyak factor yang menentukan keputusan perlumbaan, saya jangka HL-0 Sprint Suit dapat memberikan saya kelebihan untuk mencapai matlamat saya di dalam balapan.”
Kasut Lumba Marathon FLAME RACER
Kasut FLAME RACER yang direka khas untuk lumba Marathon diperbuat daripda fabrik baru ASICS iaitu HL-0 mesh, dibangunkan bersama dengan TORAY. HL-0 mesh mengurangkan kehilangan tenaga semasa dalam pergerakan berlari untuk prestasi yang lebih efisien.
Ia juga dilengkapkan dengan FlyteFoam, sistem pengalas (cushioning) ASICS yang paling canggih dan ringan. Corak tapak luar (out sole) direka dengan mengambil kira pembahagian kuasa horizontal yang dihasilkan di antara tapak kasut dan tanah semasa berlari untuk prestasi yang mutlak.
Kasut pecut Carbon Sprint Spike:
Dilancarkan pada tahun 2012, Carbon Sprint Spike diperbaharui dengan penambahan fabrik HL-0 mesh. Tambahan pula, penyelidik di ISS telah merekacipta “Overcoat Film”, bahan yang mengekalkan kekenyalan HL-0 mesh. Dua teknologi ini bertindak bersama untuk mengurangkan kehilangan tenaga untuk larian lebih efisien. ASICS bakal menggunakan fabrik HL-0 mesh dan Overcoat Film dalam pembuatan kasut di masa akan datang.
*HL-0 Sprint Suit dan Carbon Sprint Spike bukan untuk dijual.
*Fabrik HL-0 teknologi menanti kelulusan paten.