Home / Acara Malaysia / The Music Run Kembali Menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang

The Music Run Kembali Menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang

The Music Run by AIA (01)

Tahun lepas, lebih 15,000 Music Runners™ membanjiri Litar Antarabangsa Sepang yang ikonik untuk berlari, menari dan berpesta mengikut rentak lagu muzik kegemaran mereka. Tahun ini The Music Run™ oleh AIA akan kembali mengegarkan litar tersebut pada 15 Oktober 2016.

The Music Run by AIA (04)

Merangkumi litar melebihi 5km, The Music Run™ oleh AIA menyaksikan para peserta berlari melalui lima zon, setiap satu menampilkan genre muzik yang berbeza iaitu Rock, Pop, Old School, Hip Hop dan Dansa.

The Music Run by AIA (03)

Para pelari membantu menentukan muzik yang mereka mahu dengar di setiap zon menerusi satu pemilihan muzik dipesan yang diwujudkan dengan kerjasama rakan kongsi muzik digital, Spotify. Semakin banyak lagu itu didengari, diundi dan dikongsi dalam Facebook, berkemungkinan besar ia akan menjadi sebagai salah satu lagu yang akan dimainkan semasa larian dijalankan.

The Music Run by AIA (05)

Suasana euforia berterusan selepas larian di The Music Village di mana terdapat persembahan pentas, dan putaran lagu-lagu rancak oleh DJ antarabangsa.

The Music Run by AIA (06)

Pendaftaran awal bakal bermula 15 – 31 Julai. Tiket Standard : RM60 | Tiket Rock Star : RM100.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.themusicrun.com.my atau laman Facebook di http://www.facebook.com/TheMusicRunMY.

Check Also

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Share this on WhatsApp Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!