Home / Artikel Menarik / Adidas UltraBOOST Uncaged – Inovasi Untuk Prestasi Maksima

Adidas UltraBOOST Uncaged – Inovasi Untuk Prestasi Maksima

UltraBOOST Uncaged_PR Image 3

Penantian sudah berakhir. adidas menampilkan masa depan sukan larian dengan pelancaran UltraBOOST Uncaged, sepasang kasut yang diilhamkan oleh para penggemar dan disempurnakan oleh pakar inovasi di adidas Running. Mempunyai ciri-ciri baru seperti bahagian atas (upper) adidas Primeknit, sistem sokongan dalaman dan sistem ikatan tali kasut bertingkat, UltraBOOST Uncaged dicipta untuk memberikan prestasi yang maksima kepada si pemakai.

UltraBOOST Uncaged_PR Image 5

UltraBOOST Uncaged menggabungkan prestasi dan inovasi dengan maklum balas daripada pelari-pelari dari serata dunia. Rangka dalaman kaki tengah dibangunkan melalui teknologi untuk atlet-atlet antarabangsa dengan memberikan sokongan teknikal yang kuat tetapi selesa dengan luaran yang tampak “rebellious”.

UltraBOOST Uncaged_PR Image 7

adidas Primeknit telah diubahsuai untuk menghasilkan bahagian atas kasut (upper) yang telus udara dan fleksibel.

UltraBOOST Uncaged_PR Image 10

Ini membolehkan pergerakan semulajadi kaki ketika berlari dan ia bertindak seiring dengan kolar kasut yang adaptif dengan setiap langkah.

UltraBOOST Uncaged_PR Image 8

Sistem baru ikatan tali kasut yang bertingkat membolehkan pelari mengubahsuai kemasan ikatan berdasarkan gaya dan juga keselesaan. Tali kasut yang pipih dicipta untuk ikatan yang lebih stabil dan tidak mudah terlucut.

UltraBOOST Uncaged_PR Image 2

Di samping inovasi baru di atas, UltraBOOST Uncaged mengekalkan tapak UltraBOOST yang menjadi ciri signatur kasut tersebut. Sokongan tumit kaki dihiaskan dengan ikon UltraBOOST dan “mengunci” kaki supaya langkah lebih stabil.

UltraBOOST Uncaged_PR Image 1

Tapak tengah (midsole) diperbuat daripada teknologi BOOST untuk memberikan anjakan kaki lebih bertenaga dan tapak luaran (outsole) di perbuat daripada Stretchweb Continental Rubber™ yang fleksibel untuk memberikan cengkaman yang kuat dengan setiap langkah.

UltraBOOST Uncaged_PR Image 9

UltraBOOST Uncaged adalah dihasilkan melalui komitmen Adidas kepada para penggemarnya dan juga para atlet. Bentuk baru yang ditampilkan memberikan kelebihan dalam prestasi larian yang berbeza dengan kasut-kasut lari yang lain.

UltraBOOST Uncaged_PR Image 4

adidas UltraBOOST Uncaged kini boleh didapati di shop.adidas.com.my dan kedai adidas performance sekarang dengan harga runcit yang disyorkan RM750 sepasang.

Check Also

R U Tough Enough kini kembali

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur (19 Ogos 2019) – R U Tough Enough kini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!