Home / Artikel Menarik / Esma Daniel Gembira Walau Terkehel Kaki di Spartan Race

Esma Daniel Gembira Walau Terkehel Kaki di Spartan Race

Kaki pelakon Esma Daniel terkehel ketika dalam perlumbaan Spartan Sprint yang berlangsung di Iskandar Puteri pagi tadi. Walaubagaimana pun, Esma kelihatan gembira dalam perkongsian melalui laman Instragram miliknya.

Menurutnya, ini adalah kali pertama dia menyertai acara larian berhalangan, Spartan. Dalam acara Spartan Sprint, peserta dikehendaki melengkapkan 22 cabaran atau halangan dalam larian sejauh kira-kira 5km.

Apabila ditanya mengapa dia memilih cabaran Spartan, Esma menjawab, “Saya suka mencabar diri dengan mencuba benda-benda baru dan membuktikan usia adalah bukan satu faktor penghalang, di mana umur saya akan mencecah 50 tahun di bulan depan.”

“I like to challenge myself try something new and prove it that age is just a number. I am going to be 50 year old next month.”

“Sebenarnya saya telah mendaftar untuk acara Viper Challenge di bulan Fenbruari bersama sekumpulan rakan saya. Oleh kerana tidak sabar, saya telah mendaftar untuk acara Spartan ini. Sebab itu mendapat…,” katanya sambil berseloroh.

Kakinya terkehel apabila dia melompat turun dari dinding 6 kaki tinggi. Akibatnya, kaki mengalami bengkak dan terpaksa ditape.

Berita baik kepada peminat-peminat Esma Daniel, dia sekarang sedang dalam proses penggambaran siri drama TV3 di mana dia memegang watak seorang pengawal peribadi.

Tampak masih muda walaupun usianya hampir mencecah setengah abad, Esma berkongsi rahsia penjagaan kulit. Dia sentiasa menggunakan krim pelindung cahaya matahari jenama Aviance bagi melindungi kulit muka dari bahang panas ketika dalam aktiviti luar rumah.

“Jangan biarkan usia menjadi penghalang untuk meyertai acara sukan dan jangan lupa ambil suplemen untuk kesihatan,” nasihatnya lagi.

“For my fans, never gonna limit your ‘age’ for all type of sports and don’t forget to take supplement to keep your health good in whatever you do. Always keep fit!”

Get well soon, Esma. Aroo!!!

Ikuti Esma Daniel di https://www.instagram.com/esmadaniel/

 

 

 

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!