Home / Artikel Menarik / Eksklusif: Previu Trail Fasa 2 (4km) di TAMAN TUGU

Eksklusif: Previu Trail Fasa 2 (4km) di TAMAN TUGU

Berita baik untuk rakan-rakan lari yang gilakan trail, Taman Tugu akan membuka laluan denai fasa 2 kepada orang ramai mulai 15 Disember ini. Buat masa ini, jarak laluan denai adalah kira-kira 2km. Dengan terbukanya tambahan 2km lagi dalam fasa ini, jarak keseluruhan Trail Taman Tugu akan menjadi 4km.

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat kami rakamkan dalam previu eksklusif Fasa 2 Taman Tugu kepada #jomkitalari.

Laluan tambahan 2km ini adalah lebih mencabar berbandingkan dengan Fasa 1. Tapi ia tidaklah seteruk mana dan amat sesuai untuk orang-orang yang mula berjinak-jinak dengan larian trail.

 

Laluan yang telah ditaburkan dengan batu kelikir. 

 

Laluan hutan yang berlumpur dan agak becak bila hujan. Jadi anda dinasihatkan berhati-hati..

 

Kasut lari trail/ but hiking adalah disarankan untuk kegunaan di Taman Tugu.

 

Pokok hutan sekunder yang berumur antara 80-100 tahun.

 

Anak sungai yang terdapat di dalam trail.

 

Gazebo sedang dalam pembinaan. Boleh dijadikan tempat berehat atau teduhan hujan bila siap kelak.

 

Laluan trail yang agak luas menanti ada semua untuk diterokai…

 

Takut pacat? Jangan bimbang kerana kawasan Taman Tugu, tiada pacat! Tapi banyak nyamuk. Maklumlah hutan, kan?

 

Nikmati suasana nyaman alam semula jadi.

 

Terdapat banyak pohon kelapa sawit di dalam Taman Tugu. Pokok-pokok ini ditanam bukan untuk buah tetapi untuk hiasan  sahaja dan telah diperkenalkan di zaman British. Spesies kelapa sawit di sini adalah dari Afrika Barat, dan ia berbeza dengan yang digunakan untuk tujuan komersil.

 

Trail Fasa 2 ini mempunyai kecerunan yang lebih berbanding dengan Fasa 1.

 

Lebih 4,000 pokok dari 250 spesies akan ditanam untuk menarik lebih banyak fauna bagi menjadikan Taman Tugu sebagai habitat baharu.

 

Siput adalah antara lebih 300 species haiwan yang terdapat di Taman Tugu. Haiwan-haiwan lain termasuk unggas, serangga dan reptilia kecil.

 

Jangan duduk, sila lari….

Fasa 3 Taman Tugu akan menampilkan tambahan jarak trail menjadikan jumlah keseluruhannya 7km. Sebuah surau sedang dibina dalam kawasan Taman Tugu ini dan bakal siap tidak lama lagi.

Jom kita ke Taman Tugu!  

Kami ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Taman Tugu, khususnya kepada Cik Mienal & Sarah yang sudi menemankan kami untuk previu eksklusif ini.

Sila baca artikel ini dahulu sebelum ke Taman Tugu: 10 Perihal Yang Anda Perlu Ketahui Sebelum ke Taman Tugu.

Untuk maklumat lanjut tentang Taman Tugu, sila layari http://tamantuguproject.com.my/bm/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

One comment

  1. Azmi Helmi b Omar

    Sy berminat menyertai larian

Leave a Reply to Azmi Helmi b Omar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!