Home / Berita Terkini / ILLUMI FEST RUN Tahun 2 lebih Meriah

ILLUMI FEST RUN Tahun 2 lebih Meriah

Kuala Lumpur, 22 November 2018 – Larian santai neon yang ditunggu-tunggu, “ILLUMI Fest Run”Malaysia dibawa oleh syarikat insurans MPI Generali, bakal kembali untuk tahun kedua di Malaysia! Selepas edisi sulungnya meraih sambutan yang begitu hangat pada Januari lalu, Infinitus Productions Pte Ltd, dengan kerjasama MPI Generali Insurans Berhad, terpanggil untuk meneruskan acara unik bersinar dalam gelap ini pada 2 Mac 2019 di Selangor Turf Club.

Kepada pelari-pelari yang berharap untuk sertai, bersedialah! Ini kerana pendaftaran telah pun bermula dan akan berakhir pada 10 Februari 2018. Maka, untuk mereka yang masih belum merasai sendiri keseronokkan berlari dan berjalan di sepanjang laluan empat kilometer sambil disiram dengan “ILLUMI Glow Water neon” (air sinaran neon ILLUMI) dengan setiap kilometer menampilkan tema berbeza, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada  pesta larian ini!

“Lebih 5,000 pelari telah sertai pada edisi sulung dan kami amat gembira dengan sambutan yang begitu menggalakkan di Malaysia. Oleh itu, kami akan menambah lebih banyak elemen baharu untuk laluan acara akan datang ini, sekaligus menjadikannya pesta yang lebih meriah untuk dinikmati semua peserta! Kami juga berasa cukup bangga untuk menjadi penganjur acara yang bermakna ini kerana ia bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, tetapi pada masa sama menghimpunkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana yang menghiburkan. Sebagai sebahagian daripada program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat), kami ingin mengumumkan juga bahawa setiap RM3 daripada yuran pendaftaran yang diterima akan diderma dan disalurkan kepada Program ‘The Human Safety Net for Families’,  iaitu sebuah gerakan global yang membantu golongan kurang bernasib baik bagi menambah baik kehidupan mereka,” kata Jeffrey Foo, Pengarah Infinitus Productions Pte Ltd.

Lebih dikenali sebagai “party on the run” (berlari sambil berpesta), acara yang berasal-usul dari Singapura ini akan menyaksikan para pesertanya berlari dan menari pada sebelah malam sebelum ia diakhiri dengan perhimpunan di garisan penamat untuk bersuka ria beramai-ramai dalam satu pesta mengasyikkan yang bersinar terang dalam gelap dan penuh warna-warni di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk merancakkan lagi edisi kedua Malaysia nanti, para pelari akan berkesempatan melibatkan diri dalam beberapa aktiviti sampingan di Perkampungan Perlumbaan seperti papan gelongsor gergasi ILLUMI serba baharu yang mana peserta merasai keseronokkan menggelongsor ke dalam kolam air berwarna berketinggian 3 meter. Lain-lain tarikan termasuk Taman Permainan Neon yang juga terbuka kepada orang awam menampilkan beberapa permainan popular seperti jengket (Hop Scotch), Jenga dan Tic-tac-toe, cuma istimewanya kali ini kerana ia akan dimainkan dalam keadaan bersinar dalam gelap. “ILLUMI Glo Swing”, iaitu buaian khas yang dipasang dengan lampu LED, juga didirikan dengan keupayaan untuk bertukar warna ketika ianya berhayun. Jangan ketinggalan juga untuk merakam gambar kenang-kenangan di Pondok Foto “ILLUMI Slow-Mo Splash” yang pastinya menjanjikan pengalaman bergambar yang unik lagi menghiburkan berbanding pondok foto tradisional yang sering dilawati sebelum ini.

“Susulan kejayaan memberangsangkan edisi sulung Fun Run tahun ini serta niat kami untuk menyokong acara yang sihat dan menyeronokkan, kami gembira untuk berganding dengan Infinitus Productions Pte Ltd sekali lagi bagi penganjuran edisi kedua! We juga amat menghargai kesudian Infinitus untuk menyertai usaha kami dalam memperkasa kehidupan komuniti yang terabai melalui sumbangan yang dihulurkan kepada bagi program ‘The Human Safety Net for Families’. Kami amat nanti-nantikan ketibaan acara larian santai neon yang mengujakan ini yang akan memberikan peluang untuk bergaul mesra komuniti dan rakan-rakan kongsi kami dengan kami bergaul mesra dengan komuniti dan rakan-rakan kongsi,” kata K.G. Krishnamoorthy Rao, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Generali Insurans Berhad.

Pendaftaran kini dibuka di https://illumirun.com/my/

Check Also

Senarai Pelari Elit Standard Chartered Singapore Marathon 2018

Share this on WhatsApp  Singapura, 7 Disember 2108 – Standard Chartered Singapore Marathon (SCSM) bakal …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.