Putrajaya Car Free Day atau Hari Bebas Kenderaan Putrajaya telah selamat dilancarkan oleh YBhg. Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya pada 29 Disember 2018 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Program yang bertujuan mengurangkan penggunaan kenderaan dan mengawal pencemaran udara di bandar itu diisi dengan pelbagai aktiviti riadah di sepanjang laluan 2km. PerbadananPutrajaya berharap program ini dapat menggalakkan masyarakat setempat mengutamakan kemudahan pengangkutan awam, berbasikal dan lain-lain inisiatif yang mesra alam sekitar.
Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk memudahkan anda menikmati acara ini…
1) Bila?
Bermula tahun 2019, setiap Ahad minggu pertama akan dijadikan sebagai zon bebas kenderaan bermotor sepanjang Persiaran Perdana dari pukul 7.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sila rujuk kalendar di atas.
2) Di mana?
Penutupan sepanjang akan bermula dari persimpangan Menara Usahawan Presint 2 sehingga Menara Kementerian Belia dan Sukan, Presint 3. Jarak satu pusingan ini adalah kira-kira 2km.
Ed: Team #jomkitalari berpendapat pihak penganjur harus menambah jarak laluan kerana 2km adalah terlalu pendek untuk larian/ berbasikal. Kecuali rumah anda di Putrajaya, lebih baik pusing-pusing kat taman perumahan sendiri sahaja dari membazir petrol untuk pergi ke sana. Cadangkan laluan bebas kenderaan dilanjutkan ke PICC dan ke Bangunan Perdana Putra.
3. Aktiviti Utama
Pengunjung boleh melakukan tarian Zumba, kayuhan ceria, langkah ceria dan meluncur kasut roda di atas jalan raya tanpa bimbang digilis kenderaan bermotor. Heheh!
4. Tarikan Sampingan
Pelbagai aktiviti sampingan menarik untuk seisi keluarga juga dianjurkan seperti cabutan bertuah, permainan tradisional, kemunculan maskot, gerai, pameran, sesi bercerita kanak-kanak, persembahan busker, demo seni mempertahankan diri dan banyak lagi.
5. Masjid
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque atau juga dikenali sebagai Masjid Besi terletak berhampiran Dataran Putrajaya.
6. Makan & Minum
Kenderaan saji atau food truck yang menjual pelbagai makanan dan minuman boleh didapati berhampiran Maybank. Kiosk-kiosk makanan juga terdapat di sepanjang Persiaran Perdana. Kafe Starbuck dan beberapa kafe lain serta restoran boleh didapati di Suria Mall yang berdekatan.
6. Kemudahan Tandas
Sila lihat gambar untuk tandas awam yang paling dekat dengan Istana Kehakiman.
7. Keselamatan di Jalan Raya.
Basikal dan kasut roda di lorong kanan, pelari dan pejalan kaki di lorong kiri.
8. Mesra-kereta sorong
Jangan tinggalkan anak-anak anda di rumah! Boleh join Komuniti Pelari Stroller Malaysia yang turut menjadikan Putrajaya Car Free Day sebagai lokasi latihan mereka.
9. Shopping
Nak bershopping? 7-11 dan Hero Market terletak di bangunan Suria Mall, Putrajaya.
10. Maklumat Lanjut
Sila layari
Laman Web: http://www.ppj.gov.my/
Laman Facebook: https://www.facebook.com/putrajaya/
#jomkitalari