Sempena Tahun Baru 2019, Guardian telah melancarkan kempen Ready, Set, Glow dengan berkolaborasi bersama selebriti kecergasan Youtube Nombor 1 di Asia, Joanna Soh bagi menghasilkan satu siri latihan ringkas untuk membantu dan menyuntik semangat kepada rakyat Malaysia untuk mencapai azam kecantikan dan kesihatan mereka.
Bersama-sama Joanna, Guardian menggalakkan rakyat Malaysia untuk Sertai Skuad Glow dan menjadi sebahagian daripada inisiatif nasional ini melalui tiga video latihan yang cukup ringkas, di mana orang ramai boleh mengamalkannya sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka, di dapur, pejabat atau di dalam kereta.
Di penghujung video-video tersebut terdapat promosi-promosi produk istimewa dimana penonton boleh membuat rakaman skrin (screenshot) baucer elektronik itu untuk menebusnya.
Ini termasuk potongan RM5 untuk Good Morning V-Grains tin 2.5kg , potongan RM5 untuk 2 unit Sarang Burung Snow Lotus Kinohimitsu dan Kita Beauty pada harga istimewa RM28.80 untuk rangkaian 10 paket 6g.
Di samping itu, Guardian juga menawarkan banyak promosi menarik daripada pelbagai rangkaian produk pada harga hebat untuk kecantikan sihat pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://guardian.com.my/