Home / Artikel Menarik / Dari Manakah Asalnya Amalan Gigit Pingat?

Dari Manakah Asalnya Amalan Gigit Pingat?

3ee9

Sedapkah pingat ni? Rasa cokelat? Mengapa ramai atlet-atlet, seperti Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang memenangi pingat emas acara Kuda Lasak Sukan SEA 2017 membaham pingat yang dimenangi baginda di atas podium? Aksi ini pula menjadi ikutan ramai pelari-pelari ketika bergambar di garisan penamat. Fenomena apakah ini?

Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei juga menggigit pingat peraknya.

Sebenarnya, amalan menggigit pingat emas ini berasal dari sukan Olimpik kuno di Greece. Atlet menggigit pingat untuk memastikan emas yang diterima adalah tulen dan bukan campuran logam lain seperti tembaga atau besi. Memandangkan emas adalah sejenis logam yang lembut, gigitan pasti akan meninggalkan sedikit bekas ke atas permukaan pingat tersebut.

usain bolt
Pelari Pecut Usain Bolt menggigit pingat emasnya.

Pingat emas yang diberikan juara di era Olimpik kuno memanglah 100% asli tanpa campuran. Memandangkan kos yang tinggi, pingat emas yang dianugerahkan kepada pemenang pada zaman sekarang adalah diperbuat daripada perak yang disadur dengan emas. Kali terakhir emas tulen digunakan adalah pada sukan Olimpik Stockholm, Sweden, pada 1912.

gigit medal

Jadi, mengapa atlet-atlet di zaman moden masih menggigit pingat walaupun ia bukan lagi diperbuat daripada emas tulen?

Mereka sebenarnya hanya menurut permintaan daripada jurugambar-jurugambar yang inginkan imej yang lebih ikonik. Bukankah lebih comel dan cantik berposing begitu daripada berdiri terpacak sambil tersengih macam kerang busuk?

#jomkitalari

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!