Kuala Lumpur, 22 Ogos 2017 – KHAIRUL Hafiz Jantan membuktikan beliau adalah pelari terpantas di Asia Tenggara dengan memenangi acara pecut 100m di Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Khairul mencatatkan masa 10.38s, mengalahkan pesaing Filipina, Eric Shawn Cray yang mendapat tempat kedua dengan masa 10.43s dan Kritisada Namsuwun dari Thailand meraih pingat gangsa dengan masa yang sama 10.43s.
Dalam acara sebelum ini, pelari Malaysia, Zaidatul Husniyah Zulkifli memenangi pingat perak dalam acara pecut 100m wanita dengan catatan masa 11.74s. Pelari Vietnam, Le Tu Chinch menjuarai larian 100m wanita dengan masa 11.56s manakala pelari Singapore, P. Veronica Shanti mendapat pingat gangsa dengan masa 11.76s.
Sumber: KL 2017