Home / Artikel Menarik / Interviu: Muhaizar Mohamad – Tidak Menoleh Ke Belakang

Interviu: Muhaizar Mohamad – Tidak Menoleh Ke Belakang

muhaizar 1

Kemarau pingat dalam acara marathon dalam tempoh 44 tahun di Sukan SEA telah ditamatkan oleh Muhaizar Mohamad baru-baru ini. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam acara marathon pada Sukan SEA adalah di Singapura pada 1973 menerusi M. Solaimuthu.

Muhaizar telah meraih pingat gangsa untuk negara dengan catatan 2 jam 31 minit 52 saat, yang juga merupakan satu rekod peribadi terbaik (PB) baginya. Pingat emas acara ini dimenangi oleh juara bertahan dari Singapura, Soh Rui Yong, dengan catatan masa 2 jam 29 minit 27 saat manakala gangsa, pelari Indonesia, Agus Prayogo (2 jam 31 minit 20 saat).

#Jomkitalari sempat menemuramah pelari kelahiran Gurun, Kedah ini secara eksklusif. Jom kita baca…

muhaizar 2

Apakah perasaan kamu selepas mendapat gangsa dalam Sukan SEA?
Saya rasa sangat seronok dan berbangga. Saya terhutang budi kepada jurulatih-jurulatih, baru dan lama, yang pernah melatih saya. Pengalaman yang saya pelajari dari semua jurulatih sangat bermakna. Saya juga berterima kasih kepada kedua ibu bapa, isteri, anak-anak serta kawan-kawan dari MSN, ISN, OCM, ATM dan MSAT. Doa dan sokongan daripada mereka membuatkan saya lebih semangat berusaha untuk dapatkan pingat.

Bagaimana Muhaizar mula ceburi bidang sukan larian?
Saya bermula sebagai atlet olahraga Tentera Darat pada tahun 2005 dalam acara lumba lari 3000m berhalangan dan kemudiannya bertukar bola sepak pada tahun 2009-2010. Apabila saya ditukar ke Unit Rejimen 21 Komando pada tahun 2011, saya diserap masuk ke Persatuan Sukan Lasak ATM dan saya berlatih untuk acara triathlon dan eco-challenge. Saya mula menyertai acara marathon pada tahun 2013 sehinggalah sekarang.

Apakah marathon pertama kamu?
Marathon pertama saya adalah pada tahun 2013 di Penang Bridge International Marathon. Saya mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 2:49:15. Pada ketika itu saya masih kurang pengalaman dalam acara ini tetapi saya merasa sangat seronok dalam acara marathon dan mula belajar sehingga sekarang.

muhaizar 4

Apakah latihan yang anda lakukan sebelum ke SEA Games?
Latihan yang saya lakukan agak singkat kerana ada sedikit kelewatan dalam pemilihan atlet marathon. Saya dihantar untuk berlatih di Baguio, Philippines dalam masa sebulan dan 25 hari.
Di sana, saya berlatih di bawah Coach Samuel Kipsang Rono dari Kenya dan dibantu oleh Coach Intheren dari MSN. Latihan yang diberikan sememangnya agak fast dan sangat hard. Alhamdulillah, saya diberi kesihatan yang baik demi melepasi setiap program yang jurulatih berikan.

Jadual latihan saya di sana terdiri daripada dua sesi latihan. Di minggu pertama saya dan rakan-rakan terpaksa buat latihan di dalam hujan yg lebat dan cuaca yang amat sejuk. Sebelum saya melaporkan diri keMSN saya membuat latihan sendiri yang lebih kepada endurance.

Apakah persediaan anda sehari sebelum SEA Games?
Sehari sebelum acara perlumbaan, saya berehat dan makan makanan yang tinggi karbohidrat (carboloading) seperti nasi putih dengan ikan dan roti wholemeal. Saya cuba tenangkan fikiran dan hilangkan tekanan kerana saya tahu pihak lawan ramai yang lebih laju dari saya berdasarkan PB atlet-atlet tersebut.

muhaizar 5

Apakah strategi dan cabaran anda semasa berlari marathon SEA Games?
Strategi yang dirancang oleh saya dan coach pada mulanya saya hanya perlu bertahan di kelompok utama sehingga seberapa jauh yang mampu untuk cuba menggorak langkah di hujung km bagi mendapatkan ranking atau tempat pertama.

Semasa larian, peserta-peserta dari Indonesia, Thailand, Singapore dan Vietnam ternyata lebih laju bagi saya berdasarkan PB mereka. Saya berlari dengan pace yang lebih lambat sedikit dari mereka dan cuba mengekori mereka.

Pada mulanya saya tidak bersaing dengan rakan saya, Leo. Kami cuba mengejar peserta di hadapan yang agak jauh dan bergilir membawa larian sehingga kami merapat sedikit dengan kelompok di depan. Apabila atlet dari Thailand mengalami kecederaan, dari situ kami mula bersaing untuk tempat ketiga.

Pada km ke-4 terkahir, saya mula tingkatkan pace dan cuba untuk memotong atlet dari Indonesia yang tidak jauh dari jarak kami berdua sehinggalah ke garisan penamat.

muhaizar 6

Selepas SEA Games, apakah perlumbaan berikutnya?
Saya mungkin akan mengikuti program dari MSN selepas ini. Saya bercita-cita untuk mencipta rekod kebangsaan di Tokyo Marathon atau Dubai Marathon pada tahun hadapan

Apakah marathon impian anda?
Saya akan cuba melepasi kelayakan untuk ke Sukan Olimpik dan Komanwel pada masa akan datang

muhaizar 7

Apakah 3 tips larian yang boleh anda kongsikan kepada pembaca #jomkitalari?
Pertama: Buat persediaan mental dan fizikal yang kuat
Kedua: Fokus kepada larian
Ketiga: Cuba bertahan dalam kelompok utama (mengikut sasaran catatan masa)

muhaizar 8

Apakah kata-kata motivasi/ inspirasi yang menjadi pegangan Muhaizar?
Saya tidak akan menoleh ke belakang. Selagi saya mampu, saya akan buat sedaya-upaya.Selagi bernafas, saya tetap akan berjuang demi semua yang menyokong saya.

#JOMKITALARI

Foto: KL 2017 & Chan WK

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!