Acara ASICS META : Time : Trials Thailand 2024 berakhir dengan meriah apabila acara larian serantau ini kembali ke Thailand sekali lagi untuk meraikan ulang tahun ke-3. Kali ini, 41 atlet ASICS dari seluruh Asia Tenggara berlumba dengan memakai kasut dari Siri Perdana ASICS METASPEED™ – METASPEED™ SKY PARIS dan METASPEED™ EDGE PARIS. Mereka disertai oleh lebih daripada 3,000 peserta umum untuk acara tersebut di Stadium Nasional Suphachalasai di Bangkok. Disanksikan oleh Persatuan Olahraga Thailand, perlumbaan ini menyaksikan semua pelari menyahut cabaran jarak 10 kilometer di mana mereka berpeluang untuk mencipta rekod PB baharu untuk diri mereka sendiri, menikmati suasana perlumbaan yang mengujakan dan aktiviti sampingan menarik yang disusun di tapak perlumbaan.
Sorotan dari Kategori Jemputan Lelaki 10KM: Pingat emas dimenangi oleh Sonny Wagdos dari Filipina dengan masa 31.29 minit, diikuti oleh Richard Salano dari Filipina dengan masa 31.32 minit dan Vimal Govendarajoo dari Malaysia dengan Rekod Peribadi 31.55 minit, yang masing-masing menduduki tempat naib johan dan ketiga.
Kategori Jemputan Wanita 10KM menyaksikan persaingan yang mendebarkan di antara kedua-dua atlet Singapura. Goh Chui Ling muncul sebagai pemenang dengan masa 38.18 minit manakala Goh Shing Ling melintasi garisan penamat dengan masa 38.21 minit. Nguyen Thi Thuy Van dari Vietnam menduduki tempat terakhir di podium dengan masa 38.27 minit.
Dalam Kategori Terbuka, 3 pelari lelaki terbaik ialah Kebede Aberra Dinke dengan masa 31.56 minit, diikuti oleh Dillon Lee dan Ebisa Takele. Bagi wanita, Bontu Demisse Ware melintasi garisan penamat pertama dengan masa 35.28 minit, diikuti oleh Seble Dugo Beriso dan Rachel Longstaff.
Vimal, yang mencapai rekod peribadi baharu dengan catatan masa 31:55 dan menduduki tempat ke-3, dengan mencantas 7 saat daripada rekod sebelumnya, yang dibuat dua tahun lalu. Pelari berusia 30 tahun dari Matang, Taiping, menyatakan kejayaan podium serantau pertamanya adalah hasil peningkatan jarak larian mingguan ketika dia bersiap sedia untuk debut maratonnya di acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon yang akan datang dalam masa dua minggu.
Kontinjen Malaysia di garisan permulaan menampilkan atlet kebangsaan dan pelari terbaik termasuk Tahira Najmunisaa, Nik Fakaruddin, Muhaizar Mohamad, Amelia Noor Musa, Ziq Junaidy, Poovasanthan, Haziq Hamzah, Michelle Chua, Joline Tan, Izuan Ismail, Allison Yee, Faez Farhat, Zukhairi Ahmad, dan ramai lagi.
Pelakon tempatan dan Duta Jenama ASICS Malaysia, Hariz Hamdan, juga kembali untuk tahun kedua berturut-turut untuk menyertai ASICS META : Time : Trials.
Acara ASICS META : Time : Trials adalah simbol kejayaan dan komitmen ASICS untuk menyokong sepenuhnya semua orang untuk merasai manfaat senaman untuk badan dan minda kita, serta menyatakan niat jenama untuk mereka bentuk dan membangunkan kasut larian berkualiti yang memenuhi semua keperluan pelari, supaya mereka boleh mengeluarkan potensi mereka, mencapai garisan penamat, dan menakluki PB baharu bersama-sama.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ASICS, sila layari:
Laman Web: https://www.asics.com/my/en-my/
Facebook: ASICS
Instagram: @asicsmalaysia
Sertai ASICS Running Club Malaysia dengan mengikuti #ASICSRunningClubMY