Home / Berita Terkini / Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA Combine untuk tahun ketiga berturut-turut, untuk memperkasakan atlet dengan siri cabaran intensif. Sebagai salah satu pertandingan kecergasan terbesar di rantau ini, UA Combine dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 26 Oktober 2024. Di sana, atlet dari pelbagai latar belakang akan berpeluang untuk menguji kebolehan fizikal masing-masing. Para peserta digalakkan untuk berusaha mengatasi had masing-masing melalui siri lapan cabaran fizikal, termasuk ujian ketangkasan, stamina, lonjakan menegak, kuasa, ketahanan, kekuatan, kelajuan, dan kognisi.

8 cabaran tersebut akan memberi tumpuan kepada:

  1. KETANGKASAN: Illinois Test
  2. STAMINA: Pull-up Beep Test
  3. LONJAKAN MENEGAK: Vertical Jump Test
  4. KUASA: 20m Sled Push
  5. KETAHANAN: 20m Beep Test
  6. KEKUATAN: 3RM Bench Press
  7. KELAJUAN: 40 Yard Dash
  8. KOGNISI: Reactive Intelligence Wall

Pingat dan hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 (Pertama), RM7,500 (Kedua) dan RM3,000 (Ketiga) menanti peserta yang mendapat jumlah mata tertinggi dalam kategori lelaki dan wanita masing-masing.

“Motto Under Armour, ‘Protect This House,’ meraikan semangat berpasukan dan mendorong anda untuk mengejar matlamat kecergasan anda. UA Combine telah menjadi platform yang kukuh di mana kami memperkasakan komuniti dengan semangat berpasukan dalam menangani cabaran mereka. Memasuki tahun ketiga, kami teruja untuk meneruskan perjalanan ini, membantu setiap atlet untuk mencapai tahap baru dalam kecergasan diri mereka,” kata Samantha Lim, Pengarah Komersial Under Armour Malaysia.

Wakili Komuniti Kecergasan Anda

Peserta digalakkan membentuk kumpulan 4 orang dan bersaing sebagai individu dan sebagai pasukan. Skor setiap individu dalam pasukan akan dijumlahkan kepada skor pasukan. Skor pasukan tertinggi akan membawa pulang produk Under Armour bernilai RM6,000.

Berlatih Bersama Celebrity Fitness

Untuk membantu peserta meningkatkan prestasi latihan dan bersedia untuk hari pertandingan, Under Armour Malaysia bekerjasama dengan rakan gim untuk menyediakan sesi latihan eksklusif untuk peserta yang telah mendaftar UA COMBINE. Dengan kapasiti terhad, peserta akan diterima berdasarkan siapa cepat dia dapat. Maklumat lanjut mengenai kelas Train-to-Compete akan diumumkan tidak lama lagi di laman web rasmi, https://uacombineasia.com/.

Mereka yang berminat, berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar untuk kategori lelaki atau wanita untuk UA COMBINE 2024 di laman web rasmi sementara tiket masih ada. Sebagai sebahagian daripada yuran pendaftaran RM400, peserta akan berhak mendapat satu set kelengkapan baju, seluar dan kasut dari Under Armour dan mendapat akses kepada program latihan eksklusif menjelang UA Combine.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!