Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka Shokz, yang terkenal dengan fon kepala telinga terbuka, hari ini melancarkan OpenRun Pro2, fon kepala sukan konduksi tulang terbarunya.
Direka dengan bahan ultra-ringan, berkekuatan tinggi dengan kemasan silikon lembut, OpenRun Pro2 memberikan keselesaan sepanjang hari yang membuat pengguna lupa bahawa mereka sedang memakai fon kepala.
Menampilkan reka bentuk telinga terbuka yang menjadi keistimewaan Shokz, OpenRun Pro2 memastikan anda kekal fokus dengan senaman anda dan pada masa yang sama tetap peka dengan persekitaran anda. Sama ada bunyi lalu lintas atau pelari lain, setiap bunyi adalah penting untuk didengari oleh anda, memastikan keselamatan anda. OpenRun Pro2 dengan ciri pintar boleh mengoptimumkan julat kelantangan, menjadikan audio anda lebih jelas walaupun anda berada di luar.
Berbanding dengan model sebelumnya, OpenRun Pro2 menampilkan audio yang lebih berkualiti. Dengan teknologi DualPitch™ terbaru, fon kepala ini menghasilkan paduan bunyi yang sempurna antara pembesar suara konduksi tulang dan konduksi udara untuk menikmati muzik dengan jelas. Getaran dari konduksi tulang juga diminimumkan dengan sewajarnya.
Tersedia dalam dua saiz dan dua warna yang berbeza, pengguna dapat menikmati sehingga 12 jam main balik muzik dengan bateri yang lebih besar tanpa tambahan berat. Dengan fungsi Quick Charge, pengecasan selama 5 minit menghasilkan kuasa untuk main balik 2.5 jam. Selain itu, port USB-C kalis air membolehkan anda mengecas dengan mudah, sama ada menggunakan kabel yang disertakan atau kabel anda sendiri.
Tambahan lagi, OpenRun Pro2 mempunyai fungsi MultiPoint Pairing untuk beralih dengan lancar dari dua peranti tanpa masalah pairing. Ia juga direka untuk kalis air IP55, termasuk struktur mesh dua lapisan dan salutan nano-hidrofobik untuk meningkatkan lagi ketahanannya terhadap elemen luar.
OpenRun Pro 2 boleh didapati dengan harga runcit yang disyorkan RM899 di Shokz OpenRun Pro 2 – NOVE MARKETING dan kedai-kedai jualan yang sah.