Acara marathon terpantas di dunia, Berlin Marathon telah kembali ke jadual lumba lari Ahad lalu selepas terpaksa dibatalkan tahun lepas. Para penganjur telah mengumumkan bahawa ia merupakan acara marathon terbesar di dunia selepas dunia dilanda pandemik COVID-19.
Anda mungkin merasa ingin tahu apakah langkah-langkah keselamatan untuk melindungi para atlet, peserta dan juga krew di acara marathon yang tersohor ini. Jom kita baca:
1. Pengurangan jumlah peserta
25,000 peserta telah mendaftar untuk mengambil bahagian, satu penurunan yang mendadak dari rekod penyertaan 43,987 penamat pada tahun 2019.
2. Peserta perlu menunjukkan bukti vaksinasi lengkap, sembuh atau negatif COVID-19
Peserta hanya dibenarkan berlumba jika mereka lengkap vaksinasi, telah sembuh dari COVID-19, atau mendapat keputusan negatif daripada ujian PCR. Setiap peserta akan menerima gelang tangan biru yang harus dipakai untuk mendapat akses ke ekspo marathon dan hari perlumbaan.
3. Penggunaan Pelitup Muka di Kawasan Mula/ Tamat
Para peserta diwajibkan memakai pelitup muka di kawasan mula dan dibenarkan untuk membukanya selepas dilepaskan. Mereka diingatkan untuk tidak membuang pelitup muka dan membawanya dengan meletakkan dalam poket atau digantung pada lengan. Pelitup muka baru akan diberikan di garisan penamat.
4. Penyokong & Penonton
Penyokong dan penonton di sepanjang laluan 42.2-kilometer diarahkan untuk mengekalkan jarak fizikal (1.5m) dan memakai pelitup muka.
5. Pengambilan kit larian/ gelang tangan
Peserta dikehendaki menunjukkan bukti lengkap vaksinansi atau mengambil ujian PCR di tapak ekspo. Keputusan ujian akan direkodkan dan disimpan dalam kod QR di atas gelang tangan. Jadi, pihak penganjur boleh memeriksa sama ada mereka dibenarkan untuk berlumba pada pagi acara.
Selain daripada nombor bib, peserta juga akan menerima gelang pernyertaan di ekso marathon yang mengandungi bukti negative COVID-19 – lengkap vaksin, sembuh dari COVID-19 atau lulus ujian sepertimana yang ditetapkan oleh penganjur.
Peserta yang lengkap vaksin atau yang telah sembuh daripada COVID-19 akan menerima gelang biru di ekspo marathon selepas proses verifikasi pengenalan.
Peserta yang tidak divaksin akan menerima gelang dengan kod QR di ekspo marathon selepas ujian PCR. Jika ujian didapati negatif, gelang kod QR akan ditukarkan kepada gelang tangan peserta berwarna biru di pintu masuk acara pada hari perlumbaan.
Jika ujian didapati positif, peserta dilarang datang ke tapak marathon dan diwajibkan untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Peserta juga boleh mendapatkan keputusan ujian kod QR melalui telefon pintar (kira-kira 8 jam selepas ujian).
Gelang tangan biru haruslah dipakai di sepanjang perlumbaan dan tidak ditanggalkan sebelum peserta meninggalkan tapak marathon.
6. Ekspo Marathon yang bersaiz lebih kecil
Lebih kecil berbanding dengan sebelumnya dengan SOPs kesihatan dan keselamatan yang diperketatkan. Do ekspo marathon, para peserta akan menerima kit larian dan juga menerima bukti pemeriksaan status negatif COVID-19 dalam bentuk gelang mengikut peraturan yang ditetapkan.
Ekspo juga dibuka kepada orang ramai, hanya pelawat berumur 12 ke atas dibenarkan masuk selepas membuktikan negatif COVID-19 melalui aplikasi seperti Luca dan CovPass untuk pemastautin EU.
Pelawat-pelawat yang belum divaksinasi boleh mendapatkan ujian PCR untuk memasuki tapak acara dan perlumbaan. Ujian PCR boleh didapati dengan harga 38€ (kira-kira RM186 – tempahan awal melalui app) atau 45€ (kira-kira RM220.70) di tapak ekspo.
7. Program sampingan dibatalkan
Acara sampingan seperti Breakfast Run, parti pasca-perlumbaan dan lounge pasta dibatalkan.
8. Larian Bambini hanya dianjurkan secara maya
Larian untuk kanak-kanak hanya dianjurkan secara maya (virtual)
Sumber:
https://www.bmw-berlin-marathon.com/en/your-registration/registration-information/faq/
https://www.auswaertiges-amt.de/en/coronavirus/2317268
Foto: https://www.facebook.com/berlinmarathon
Support kami dengan mengklik iklan di bawah. Terima kasih