Home / Artikel Menarik / Jom Tingkatkan Prestasi Larian Bersama Run Fast Academy dengan Latihan F.A.S.T.

Jom Tingkatkan Prestasi Larian Bersama Run Fast Academy dengan Latihan F.A.S.T.

Run Fast Academy (RFA) adalah sebuah akademi yang menyediakan program latihan untuk para pelari dalam aktiviti larian dari aspek  fizikal dan mental dengan tujuan membantu pelari meningkatkan prestasi dan berlari tanpa kecederaan. RFA dibentuk untuk menjadi peneraju kecergasan dan sukan, menggabungkan teknologi ke dalam latihan. Setakat ini, RFA difokuskan pada bidang larian berdasarkan empat teras F.A.S.T (Focus, Alignment, Strength, Tactical Training).

RFA telah menjalankan lebih daripada 500 program latihan luar talian sejak penubuhannya pada tahun 2016 oleh Pengasas Bersama (Co-Founder) Coach Alvin Lai dan Ketua Jurulatih Sam Seow. Semasa wabak COVID-19 melanda, mereka tidak berhenti melakukan latihan dan program, di mana mereka memindahkan sesi fizikal kepada latihan dalam talian dan melakukan lebih dari 100 sesi dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Mereka juga telah mengadakan latihan di beberapa negara Asia termasuk Singapura, Filipina, Thailand, Korea, dan Jepun.

Secara keseluruhan, 5,000 pelari telah mendapat manfaat daripada latihan mereka yang memfokuskan pada 4 teras ini; F.A.S.T (Focus, Allignment, Strength, Tactical Training). Sebagai rakan kolaborasi dan penyedia latihan bagi program Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2021, RFA menawarkan Pelan Latihan untuk peserta yang berumur lebih dari 18 tahun. Run Fast Academy, sebagai penyedia latihan rasmi untuk acara ini, menawarkan dua kategori atau pelan iaitu, Pelan A untuk 5km dan 10km, ini untuk pelari jarak pendek dan Plan B disediakan untuk pelari jarak jauh separuh penuh dan maraton.

Sam Seow yang merupakan Pengasas bersama dan Ketua Jurulatih Run Fast Academy berkata, “Kami komited untuk berkongsi pengetahuan kami. Kuncinya adalah untuk membantu pelari memahami apa yang menyebabkan kecederaan dan bagaimana mengurangkan kecederaan, zon latihan, pemakanan, dan terakhir persiapan mental. Bagi pelari yang mendaftar untuk Pelan Latihan KLRC 2021 VR kami, kami mempunyai 7 jurulatih RFA All Star yang berpengalaman dan bersedia untuk menyokong dan melatih dengan anda selama 5 minggu yang akan datang.

Di RFA, mereka memberikan pandangan mengenai teknik yang anda gunakan ketika anda berlari, ujian zon denyut jantung maksimum, dan latihan ketahanan. Dalam era teknologi ini, mereka juga merupakan salah satu dari beberapa yang pertama memberikan analisis latihan anda melalui pembinaan maya dan membuat program latihan yang bersesuaian dengan anda.

Pengasas Bersama iaitu Jurulatih Alvin Lai berkata, “Rancangan latihan KLSCM 2021 VR akan dilakukan 5 sesi dalam talian dan 1 sesi luar talian di taman-taman yang telah ditentukan untuk latihan. Kami menjalankannya dalam 3 bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Mandarin dan Bahasa Inggeris. Pelan pertama yang berharga RM59 (Pelan A) untuk pelari di bawah kategori 5km dan 10km, manakala pelan kedua pula berharga RM69 (Pelan B) untuk pelari di bawah kategori 21km dan 42km. Objektif akhir pelan ini adalah memastikan pelari bersenang-senang, menjalani gaya hidup sihat, dan membina daya tahan.

Jom tingkatkan prestasi larian anda sekarang! Jangan tunggu lagi! Dapatkan pelan latihan ini di pautan https://bit.ly/klscm2021-training hari ini!

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!