
Kasut lari kesayangan anda, UA HOVR Phantom 2 kini diperbaharui dengan teknologi Intelliknit yang dibangunkan oleh Under Armour untuk memberikan kepuasan kepada anda dalam larian. Kasut UA HOVR Phantom 2 Intelliknit ini ringan dan direka untuk mengikut pergerakan kaki semasa larian untuk memberikan keselesaan dan pulangan tenaga yang maksimum kepada si pelari.

Jom kita baca secara lanjut tentang ciri-ciri utama kasut UA HOVR Phantom 2 Intelliknit ini.
PULANGAN TENAGA MAKSIMUM
Direka untuk memberikan keselesaan untuk larian lebih jauh dan lebih lama, daya kusyen kasut ini memberikan pulangan tenaga dalam setiap langkah dan dilengkapi UA HOVR technology untuk memberikan pengalaman ‘sifar gravity’ (zero gravity feel). Energy Web yang terdapat pada UA HOVR memberi keseimbangan tenaga untuk menyerap impak yang terhasil dalam pergerakan kaki semasa larian.
PADANAN, DAYA KUSYEN, CENGKAMAN & ALIRAN UDARA YANG LEBIH MANTAP
Bahagian atas (upper) kasut ini direkacipta dengan tenunan flat knit untuk memberikan zon regangan dan sokongan sepertimana yang diperlukan oleh si pemakai. Padanannya adalah seperti memakai stokin yang mengikut anatomi kaki dan mudah untuk disarungkan. Ia juga terasa lebih selesa di bahagian buku lali.
Kasut UA HOVR Phantom 2 Intelliknit menampilkan tapak UA HOVR dari hujung jari kaki sehingga ke bahagian tumit. Ini memberikan daya kusyen yang mantap dan menyeluruh. Bagi sokongan dan keselesaan tambahan, UA HOVR Phantom 2 Intelliknit juga dilengkapi pelapik stokin SpeedForm 2.0, tapak luaran getah, dan heel counter luaran.
INTELLIKNIT
UA Intellknit adalah satu bahan teknologi baharu yang unik, lembut, boleh meregang dan mudah mendakap kaki si pemakai dengan baik untuk memberikan lebih fleksibiliti dan aliran udara (breathability). Bukan sahaja selesa, kasut ini juga mudah kering dan ringan. Dengan adanya Intelliknit, kaki pelari akan merasa lebih segar dan mampu berlari dengan lebih jauh dan lama.





SPESIFIKASI HOVR PHANTOM 2 INTELLIKNIT:
● Neutral: Untuk pelari berkaki neutral yang memerlukan keseimbangan dalam fleksibiliti dan daya kusyen.
● Offset: 9mm
● Berat: Men’s 11.54 oz / Women’s 9.24 oz
● RM 649/ sepasang

Kasut UA HOVR Phantom 2 Intelliknit yang diperbaharui ini boleh didapati di semua Under Armour Brand Houses di seluruh negara dan stor atas talian di
https://www.underarmour.com.my/en-my/hovr-phantom/ dengan harga RM649 sepasang.

AKTIVITI & PROMOSI
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Under Armour Brand Houses di 1utama dan Sunway Pyramid mulai 19 sehingga 28 November 2021 untuk menangi hadiah menarik dalam acara cabaran yang disediakan. Anda juga akan menerima rebat RM50 serta-merta dengan setiap pembelian rangkaian kasut UA HOVR Phantom 2 Intelliknit di sana. Jom!