Home / Artikel Menarik / Under Armour Tingkatkan Prestasi Dengan Teknologi CoolSwitch

Under Armour Tingkatkan Prestasi Dengan Teknologi CoolSwitch

Under_Armour_Coolswitch_001

Sebagai sebuah syarikat yang menterajui inovasi dalam pakaian sukan, Under Armour telah melancarkan koleksi pakaian musim bunga/ panas 2016 dengan teknologi baru yang diberi nama CoolSwitch.

Berpadanan dengan namanya, teknologi CoolSwitch mampu membuatkan tubuh dan kulit berasa nyaman apabila kita mula berpeluh. Teknologi baru ini menggabungkan tiga agen penyejuk aktif yang unik. Tiga agen ini digabungkan buat pertama kalinya dalam pakaian, dengan setiap bahan yang diguna mampu memberikan kesan atau manfaat yang spesifik kepada si pemakai ketika malakukan aktiviti fizikal.

Under_Armour_Coolswitch_002

Agen pertama mampu menghilangkan haba daripada kulit dan memberikan kesan penyejukan yang segera. Agen kedua pula diaktifkan oleh peluh, di mana ia akan meningkatkan mekanisme penyejukan semulajadi tubuh.

160215_LP_TECHNOLOGY_COOLSWITCH

Agen ketiga adalah cetakan kristal berdasarkan teknologi yang dibangunkan oleh NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan) yang digunakan dalam pembuatan pakaian angkasawan. Cetakan kristal ini mempunyai bahan khusus yang dicipta untuk menyerap dan menyimpan tenaga haba ketika proses pertukaran daripada pepejal kepada cecair berlaku.

Under_Armour_Coolswitch_003

Hasil gabungan ketiga-tiga agen unik tersebut menyebabkan si pemakai pakaian berteknologi CoolSwitch sentiasa berasa nyaman walaupun ketika melakukan kegiatan fizikal yang berat untuk bertahan lebih lama.

Under_Armour_Coolswitch_004

Di Malaysia, terdapat enam butik jualan pakaian dan kelengkapan sukan Under Armour iaitu di Pusat Beli-belah Suria KLCC, Pavilion, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan IOI City Mall di Lembah Klang dan cawangan terbaru di QueensBay, Pulau Pinang.

UA- Coolswitch
UA CoolSwitch Compression shirt; UA Women CoolSwitch Capri Tights; UA CoolSwitch Run Short Sleeve T-shirt

 

Check Also

R U Tough Enough kini kembali

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur (19 Ogos 2019) – R U Tough Enough kini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!