Home / Berita Terkini / Nivea Empower Run Memperkasakan Golongan Wanita

Nivea Empower Run Memperkasakan Golongan Wanita

(Left) Mr Ng Hock Guan, Atilia Haron, Ms Sharon Yeoh and Eyka Farhana getting ready for flag off_Small

Setia Alam, 5 Jun 2016 – Berpeluh merupakan fungsi utama semula jadi yang terdapat pada badan manusia bagi mengekalkan suhu badan. Ia mengelakan kita daripada mengalami kepanasan melampau terutamanya ketika melakukan aktiviti-aktiviti luar dalam cuaca yang panas terik. Walaupun berpeluh itu baik dari aspek kesihatan, air peluh yang bercampur dengan bakteria di sekitar kawasan kulit akan mengeluarkan bau yang kurang meyenangkan. Pelbagai jenis deodoran dalam saiz, haruman dan formulasi boleh didapati di rak-rak pasar raya, pasar mini, dan farmasi, namun pilihan yang banyak ini bukan sahaja tidak memberi penyelesaian tetapi menyukarkan pengguna untuk memilih deodorann yang sesuai.

(Participants) Balloons release symbolizes raising your arms with confidence to defy all boundaries.

Memilih deodoran yang sesuai dengan anda kadangkala memberikan tekanan, tetapi dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, anda tidak perlu lagi risau! Dengan formulasi yang lembut pada kulit serta ekstrak mutiara yang menyuburkan bahagian bawah lengan, ia memberikan kulit segar, halus dan cerah bagaikan mutiara. Dengan perlindungan selama 48 jam daripada peluh dan bau badan, ia memastikan bahagian bawah lengan anda kekal segar dan yakin sepanjang hari.

Selama bertahun-tahun, NIVEA sering menggalakkan para wanita untuk menggapai aspirasi, merialisasikan matlamat serta menyerlahkan potensi yang ada dalam diri mereka. NIVEA sentiasa menyokong semua inisiatif bagi memperkasa golongan wanita dan membantu mereka yang memerlukan. Bantuan diberikan melalui bekalan kemahiran serta keyakinan bagi mendapatkan pekerjaan supaya mampu memperbaiki taraf hidup serta membina masa depan yang lebih cerah.

Huge turn up for the NIVEA Empower Run to promote Women Empowerment.

Tahun ini, dengan semangat untuk memperkasa wanita, NIVEA Pearl & Beauty menganjurkan NIVEA EMPOWER RUN 2016 pada 5 Jun (Ahad). Terbuka kepada semua, orang ramai diberikan peluang untuk mengambil bahagian bagi memperkasa wanita melalui pendaftaran atas talian. Pada bulan Mei, peserta akan diberikan kit larian yang mengandungi semburan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, Sehelai baju-T NIVEA Empower Run, sehelai skirt tutu, sehelai bib larian dan pelbagai barangan dari Watson. Para peserta digalakkan untuk memakai skirt tutu yang dibekalkan dalam kit larian sebagai simbol kewanitaan dan menunjukkan bahawa wanita mampu mencapai apa jua keinginan dengan cara sendiri yang paling elegan.

Participants of NIVEA Empower Run 2016 waiting for the flag off_Small

Seramai 2,000 peserta hadir seawal pagi bagi menyertai acara NIVEA EMPOWER RUN 2016 di Setia City Mall, Oval Field. Sedia untuk beraksi, para peserta berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan selebriti-selebriti tempatan kegemaran mereka seperti penyanyi R&B dan pengamal kesihatan terkemuka Atilia Haron, pelakon dan model yang sedang meningkat naik, Eyka Farhana dan juga pemenang Miss Malaysia 2010 Nadia Heng yang turut berperanan sebagai pengacara pada hari tersebut!

Sebelum larian dimulakan, setiap peserta diberikan belon NIVEA yang bio-degradable. Larian bermula dengan peserta mengangkat tangan penuh yakin dan melepaskan belon ke udara. Aktiviti ini merupakan simbolik melangkaui segala batasan. Semasa acara larian, peserta akan melalui kawasan kiosk foto bagi merakamkan aksi penuh teruja & bersemangat bersama rakan larian mereka. Setelah larian sejauh 5km ini, peserta mengakhiri larian dengan aktiviti terakhir di stesen ketiga menerusi Pearl & Beauty Experience. Di stesen ini, mereka dapat merasai kesegaran dan nafas baru dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty. Selain daripada activiti yang terdapat di dalam larian ini, para peserta turut bergembira dengan acara White Ball Treasure Hunt yang memberi mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

Sambil menghilangkan dahaga dengan minuman 100 Plus dan Air Mineral Ice Mountain yang tersedia di stesen minuman, peserta dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Atilia Haron. Beliau menyampaikan sebuah lagu tema NIVEA Women Empowerment. Selain membawa pulang pingat diatas kejayaan menamatkan larian yang penuh dengan keterujaan, beberapa perserta yang bertuah juga turut membawa pulang hadiah cabutan bertuah pada akhir acara.

NIVEA presented donation of RM20,000 to FORWARD. Accepted by FORWARD Chairman Dr Rajiv Bhanot_Small

Menjadi sebahagian dari aktiviti larian ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada peserta serta menyuntik kesedaran tentang kehadiran deodoran NIVEA Pearl & Beauty, malah aktiviti ini sebenarnya membantu golongan wanita yang kurang bernasib baik untuk membina masa depan yang lebih cerah. Para peserta secara tidak langsung telah menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan. NIVEA telah mendermakan hasil keuntungan yang diperoleh melalui acara larian ini kepada organisasi kebajikan “For Wisdom & Revolutionary Development (FORWARD)”. Forward merupakan organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang cenderung untuk membantu komuniti yang memerlukan melalui bekalan latihan kemahiran yang bersesuaian agar mereka dapat memperoleh pendapatan serta memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak.

Mr Ng Hock Guan giving his speech during NIVEA Empower Run 2016_Small

“Kami ingin menyeru orang ramai supaya mengambil bahagian bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Kita tidak mahu memberikan bantuan yang mampu memberikan faedah jangka masa pendek, sebaliknya melengkapkan diri mereka dengan kemahiran serta latihan yang bersesuaian agar mereka dapat mencari nafkah dan mencipta pendapatan dengan usaha sendiri” kata Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura pada acara NIVEA Empower Run.

Jelas beliau lagi, “Kempen Memperkasa Wanita sentiasa menjadi tapak bagi NIVEA menggalakkan wanita mencapai impian mereka. Wanita tidak seharusnya meletakkan batasan ke atas diri mereka kerana kami percaya dengan tunjuk ajar yang betul, segala impian tidak mustahil untuk dikecapi.”

Participants Running with Their Tutu Skirt representing femininity and to strongly show that women can achieve anything even in their mos - Copy

Melalui kerjasama ini, matlamat NIVEA dan FORWARD adalah membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan dari kemelut kemiskinan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan NIVEA Pearl & Beauty, sila layari www.NIVEA.com.my dan laman Facebook rasmi www.facebook.com/myNIVEA.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!