Home / Berita Terkini / UNDER ARMOUR mengajak anda ‘GO ALL OUT’ di Hari Lari Sedunia

UNDER ARMOUR mengajak anda ‘GO ALL OUT’ di Hari Lari Sedunia

Acara UA ALL OUT MILE kembali lagi dengan format secara langsung dan juga maya. Acara ini bakal menampilkan motivasi dan latihan untuk membolehkan anda berlari sejauh satu batu (1.6km) dengan catatan masa paling pantas.

Dengan penyertaan 14 negara, Under Armour telah meningkatkan penyertaan serantau sebanyak dua kali ganda berbanding dengan tahun lepas . Acara global ini bakal menyaksikan pasukan atau pelari individu menyertai misi latihan 30 hari untuk meningkatkan prestasi larian untuk berlari ‘all out’pada Hari Lari Sedunia (Global Running Day).

Tahun ini, Under Armour juga berbangga dengan penyertaan wakil-wakil Malaysia dari dunia sukan dan kreatif – Putra Azrul Syazwan, Firdaus Mazalan, Kay Khalish, Hobart Kho dan ramai lagi untuk ‘go all out’!

THE MILE IS TOUGH. YOU’RE TOUGHER.

Dengan mendaftar acara UA All Out Mile, semua peserta boleh mendapat akses kepada rutin Latihan dan senaman daripada para jurulatih elit, atlet dan pakar Human Performance dari Under Armour. Peserta yang berdaftar juga bakal menerima keahlian UA MapMyRun MVP selama 3 bulan dengan percuma, yang mana mereka boleh merakamkan jarak larian dan mengakses pelan Latihan serta panduan video eksklusif untuk melengkapkan latihan mereka.

Sesi latihan UA All Out Mile bermula pada 1 Mei untuk tempoh satu bulan. Tanpa mengira sama ada anda berlari atau berjalan, hubungkan kasut atau jam tangan pintar anda untuk mendapatkan panduan peribadi dan pelan latihan untuk berlari lebih jauh dan lebih pantas.

MASA TERPANTAS UNTUK BERLARI 1 BATU

Dalam tempoh perlumbaan UA All Out Mile, para peserta diseru untuk berlari bersungguh-sungguh secara ALL OUT untuk melengkapkan larian 1 baru dengan catatan masa terpantas dalam tempoh 1 sehingga 5 Jun. Bagi meraikan Hari Berlari Sedunia, UA bakal menganjurkan acara secara langsung di bandaraya-bandaraya di Amerika Syarikat dan juga di UK, Thailand, Jepun dan Afrika Selatan.

Keputusan catatan masa peserta turut akan dipetik secara automatic daripada  aplikasi UA MapMyRun dan bakal dipamerkan di papan kedudukan (leaderboard) FitRankings, di mana mereka boleh bandingkan prestasi mereka dengan peserta-peserta dari dalam dan luar negara di serata dunia. Hadiah-hadiah menarik bakal diberikan kepada tiga pemenang terpantas dari setiap rantau!

MENGAPA KITA BERLARI?

Under Armour mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh sukan, terutamanya dalam penyertaan para belia yang tidak terhad di dalam trek, gelanggang, padang atau arena. Penglibatan dalam bidang sukan pada umur yang muda memberikan kesan yang mendalam untuk masa hadapan yang lebih cerah. Oleh itu, Under Armour mempunyai komitmen untuk memberi ganjaran kepada pertandingan “Most Milers” dengan sumbangan wang tunai bernilai USD10,000 kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan pilihan mereka.

Semua badan amal yang ditetapkan mempunyai misi untuk meningkatkan penglibatan dan peluang untuk semua atlet muda bagi menyokong inisiatif ‘Access to Sport’ oleh Under Amour.

Daftarkan krew, kelab tempatan, malahan bina pasukan anda sendiri bagi pengikut-pengikut anda di laman sosial  untuk menyokong belia-belia komuniti anda di dalam bidang sukan.

Tarikh Penting:

● 4/21 – Pendaftaran dibuka

● 5/1-5/31 – Tempoh latihan

● 6/1 – 6/5 – Tempoh Perlumbaan

Jom sertai UA All Out Mile untuk larian satu (1) batu dengan catatan masa terpantas pada Hari Berlari Sedunia. Daftar sekarang di UAALLOUTMILE.com.

Check Also

1000 peserta meriahkan acara fizikal MCIS Life-Malaysia Women Marathon 2022

Share this on WhatsApp Petaling Jaya, 29 Mei 2022: MCIS Life-Malaysia Women Marathon 2022 (MCIS …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!