Home / Artikel Menarik / 5 Sebab Anda Harus Jadikan Gold Coast Marathon Sebagai “Run-cation” Antarabangsa Pertama Anda Pasca-Pandemik!

5 Sebab Anda Harus Jadikan Gold Coast Marathon Sebagai “Run-cation” Antarabangsa Pertama Anda Pasca-Pandemik!

Sempadan antarabangsa telah dibuka! Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk run-cation antarabangsa! Tahun ini 42nd Village Roadshow Theme Parks Gold Coast Marathon bakal dianjurkan pada Sabtu, 2 dan Ahad 3 Julai 2022 di Gold Coast, Queensland, Australia. Apakah uniknya edisi ke-42 Gold Coast Marathon kali ini? Jom kita baca!

1. 66% Peluang untuk Mencapai Rekod Peribadi Terbaik
Terkenal dengan laluan perlumbaan yang rata dan pantas, di sepanjang pinggiran pantai yang indah, Gold Coast Marathon (GCM) merupakan pilihan pelari-pelari marathon yang ingin mendapatkan catatan rekod peribadi terbaik (PB). Tambahan pula dengan keadaan suhu dan iklim yang sesuai untuk berlari marathon – 60% daripada peserta GCM berjaya mendapatkan PB masing-masing.

2. Acara Istimewa ‘Gold Coast Double 63.3km’
Gold Coast Marathon memperkenalkan satu kategori baharu ‘Gold Coast Double 63.3km’. Jika anda berjaya menamatkan ASICS Half Marathon pada hari Sabtu dan Village Roadshow Theme Parks Gold Coast Marathon pada hari Ahad, anda akan menerima sekeping pingat tambahan untuk meraikan kejayaan anda!

3. Come for Run and Stay for the Fun
Gold Coast merupakan sebuah destinasi “run-cation” yang hebat! Selepas bermarathon, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang unik seperti:

  • Lawatan Menyaksikan Ikan Paus (bermusim: Jun – Oktober sahaja)
  • Aktiviti yang mengujakan seperti menaiki belon udara panas, jetboat, terjun Skydive dan menaiki helikopter
  • Taman-taman tema yang hebat seperti Warner Bros. Movieworld dan Seaworld
  • Pantai Surfer Paradise untuk bersantai dan meluncur ombak

4. Sokongan dari Pelari untuk Pelari di Laman Facebook – GCM22 – Team Malaysia
Inginkan tips berguna di Gold Coast Marathon? Atau ada soalan tentang destinasi Gold Coast? Jom sertai kumpulan Facebook GCM22 – Team Malaysia, yang diterajui oleh Jamie Pang, salah seorang pelari berpengalaman yang pernah menyertai Gold Coast Marathon. Anda juga boleh menyertai sesi latihan bersama yang dianjurkan oleh kumpulan ini.

5. Acara dan Destinasi Pelancong Mesra Muslim
Masuk waktu Subuh adalah di sekitar jam 5:15 pagi manakala pelepasan acara adalah pada 6 pagi. Jadi, sempatlah anda menunaikan solat Subuh di tapak acara sebelum mula berlari, dan tidak perlu berhenti untuk solat Subuh seperti mana di Malaysia.

Terdapat pelbagai kemudahan untuk pelancong-pelancong Muslim di Gold Coast.

Dapatkan tips berguna untuk pelari-pelari beragama di Gold Coast Marathon DI SINI.

Untuk maklumat lanjut tentang Gold Coast Marathon, sila layari https://goldcoastmarathon.com.au/

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!