“The Complete Running and Marathon Book” mengandungi segala yang anda perlu tahu untuk memulakan journey anda ke dalam dunia larian; dari memilih kasut yang sesuai ke pemakanan yang seimbang ke senaman yang boleh meningkatkan prestasi anda.
Setiap bab buku ini dioleh untuk memperkasakan pengetahuan sesiapa sahaja yang berminat untuk mula berlari atau untuk berlatih ke tahap lebih tinggi. Tanpa mengira jarak larian sama ada 5K, 10K, half marathon atau marathon, pelan latihan yang spesifik ditampilkan untuk mencapai matlamat anda.
Ia dimulakan dengan penjelasan tentang otot-otot dan biomekanik yang terlibat dalam larian untuk meningkatkan prestasi larian anda, Lengkap dengan gambarajah anatomi untuk menunjukan otot-otot utama, tulang dan ligamen yang digunakan untuk berlari, buku ini mengajar anda berlari dengan cara yang betul dan juga mengelakkan kecederaan.
Gambarajah biomekanik dalam pergerakan berlari boleh membantu anda merujuk and memperbaiki cara larian anda.
Buku ini juga sarat dengan nasihat-nasihat serta tips yang berguna untuk meningkatkan daya mampu-saing termasuk motivasi, psikologi larian dan taktik perlumbaan.
Gambar-gambar berwarna yang jelas memaparkan langkah demi langkah teknik senaman untuk membina kekuatan, stabiliti dan mobiliti untuk berlari lebih pantas dan lebih jauh.
Pada keseluruhannya, buku ini sangat bagus untuk meperkayakan pengetahuan anda tentang sukan berlari, terutamanya kepada pemula. Gambarajah dan foto yang berwarna memudahkan pemahaman. Bab-bab senaman ditampilkan secara terperinci termasuk kaedah step-by-step untuk membolehkan anda mengikutinya dengan betul dan selamat.
#jomkitalari
Mukasurat: 192
Penerbit: DK (16 Jan. 2014)
Bahasa: Inggeris
ISBN-10: 1409337634
ISBN-13: 978-1409337638
Dimensi: 20.1 x 1.6 x 24 cm
Nota: Buku dibeli sendiri oleh pengulas di Borders dengan harga RM68.50