Home / Artikel Menarik / Ulasan Buku: Run For Fun, 5K, 10K, Half & Marathon

Ulasan Buku: Run For Fun, 5K, 10K, Half & Marathon

Run_Justin_Bowyer_007

Jika anda adalah seorang pemula yang baru berjinak-jinak dengan dunia larian, buku ini memang sangat sesuai untuk menambahkan pengetahuan anda.

Walaupun telah banyak buku-buku larian yang telah kami miliki, kami tergerak untuk membeli buku ini sebagai rujukan. Persembahan fakta dalam format butiran (point form) adalah ringkas dan mudah difahami. Ditambah pula dengan foto atau ilustrasi berwarna, buku ini memang dihasilkan untuk difahami oelh semua peringkat umur.

Run_Justin_Bowyer_002

Buku RUN, karangan Justin Bowyer merangkumi semua topik mengenai larian dari larian ceria, 5K sehingga jarak marathon. Ia dimualkan dengan pengenalan kepada dunia larian – sebab untuk berlari, jenis larian, di mana tempat berlari yang sesuai, pemilihan kasut, langkah keselamatan ketika berlari, teknik berlari, persediaan untuk perlumbaan, pemakanan, gajet dan banyak lagi.

Run_Justin_Bowyer_004

Dalam setiap topik yang dipaparkan, penulis juga memberikan “Top Tip” atau panduan berguna yang boleh dicuba oleh pembaca. Kami juga sukakan cara buku ini dijilidkan dengan spiral, membolehkannya diakses dengan mudah untuk rujukan.

Run_Justin_Bowyer_005

Muka surat: 176
Penerbit: Flame Tree Publishing; (12 Dis 2016)
Bahasa: Inggeris
ISBN-10: 1786640856
ISBN-13: 978-1786640857

Nota: Buku dibeli sendiri oleh pengulas di Kinokuniya, KLCC dengan harga RM54.48

UPDATE: Kinokuniya sedang membuat promosi 16th Anniversary, Meet a Good Book. Buku ini boleh didapati dengan diskaun 20% sehingga 30 April. Untuk maklumat lanjut, klik DI SINI.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!