Home / Artikel Menarik / Pelari Marathon Kecundang Bila Memecut ke Garisan Penamat yang Salah

Pelari Marathon Kecundang Bila Memecut ke Garisan Penamat yang Salah

Bayangkan perasaan apabila ternampak garisan penamat dan anda sedang mendahului semua pesaing; menanti masa sahaja untuk menggondol hadiah utama marathon kelas antarabangsa.

Kemudian bayangkan anda tiba-tiba menyedari yang anda masih belum melepasi garisan penamat tetapi telah mengambil laluan yang salah, 50m dari garisan penamat yang sebenarnya.

Itulah realiti kepada, bukan satu tetapi dua pelari teraju di Wuxi Marathon, China, Ahad lalu (waktu tempatan) – kedua pelari tersebut kecundang apabila dipotong oleh pelari yang diramal mendapat tempat ketiga.

Saksikan video di bawah:

Di dalam video ini, dua pelari Ethiopia, Chala Lelisa Debele dan Gardisa Birhanu Shumie, kelihatan berlari terus dan bukannya membelok ke arah garis penamat.

Salah satu pegawai larian berjaya memberitahu kesilapan mereka tetapi sayangnya semua sudah terlambat apabila seorang pelari dari Bahrain, Khalid Kamal Khalid Yaseen mengambil peluang keemasan ini untuk menggndol tempat pertama.

Sudut alternatif

Penganjur menyalahkan kedua pelari yang gagal membaca papan tanda. Kecuaian mereka tersebut telah membolehkan pelari, Khalid membawa pulang hadiah wang tunai bernilai 40,000 yuan (RM26,700)


Sumber: Running Canada

Check Also

New Balance Fresh Foam X 1080v12 – Selesa & Berkusyen Maksimum

Share this on WhatsApp Kasut lari New Balance Fresh Foam X 1080 kini kembali dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!