Home / Berita Terkini / Pacer SCKLM 2017 Dilengkapi Pakaian dan Kasut BROOKS

Pacer SCKLM 2017 Dilengkapi Pakaian dan Kasut BROOKS

SCKLM Pacers Brooks

Kuala Lumpur, 25 Mac 2017 – Para pacer Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) 2017 bakal menyarungkan pakaian dan kasut oleh penaja rasmi pakaian, Brooks. Seramai 30 pacer menerima kit larian mereka di sebuah upacara penyerahan di kedai konsep Brooks yang baru dibuka di pusat membeli-belah MyTown, Cheras.

Singlet pacer tersebut diperbuat dengan teknologi Equilibrium dan bakal digunakan oleh 24 pacer dalam acara marathon penuh dan 6 lagi dalam acara half marathon.

Tugas pacer adalah penting untuk membantu pelari-pelari berlari mengikut pace atau rentak yang diperlukan bagi mencapai masa sasaran. Pelari-pelari baru terutamanya, sukar untuk mengekalkan pace akibat kepenatan atau kurang berpengalaman. Pacer yang lebih berpengalaman boleh memberi motivasi dan membantu pelari-pelari menamatkan larian mengikut masa yang ditetapkan.

Lebih 35,000 pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam acara larian SCKLM tahun ini. Mereka bakal menerima sehelai baju perlumbaan ekslusif Brooks dalam Pek Larian bersama baucer Brooks.

Apakah masa sasaran marathon anda? Jom kenali pacer anda di http://www.kl-marathon.com/volunteers/pacers/

Foto ihsan: Actionpix Malaysia

Check Also

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2020 Dibatalkan!

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 7 April 2020 – Penganjur Kuala Lumpur Standard Chartered …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!