Home / Berita Terkini / Turkish Airlines Penaja Utama Baru KL Towerthon 2019

Turkish Airlines Penaja Utama Baru KL Towerthon 2019

Kuala Lumpur, 7 Mac 2019 – Menara Kuala Lumpur sekali lagi bakal mengajurkan acara sukan ekstrem yang berprestij dan terkenal di dunia iaitu ‘Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge 2019’ pada Ahad, 21 April 2019, bermula seawal jam 5.00 pagi

Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada peserta yang ingin rnenguji ketahanan fizikal dan mental mereka untuk menawan puncak Menara Kuala Lumpur, menara komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh tertinggi di dunia.

“Istimewa pada tahun ini, acara ini akan dimulakan di kawasan letak bas yang berjarak sekitar 200 meter dari lobi. Tempat perlepasan tersebut berubah dari tempat letak kereta terbuka di bawah Menara Kuala Lumpur (kira-kira jarak 800 meter dari lobi) ke kawasan parkir bas untuk memberi para peserta lebih fokus  untuk memanjat tangga. Oleh itu, peserta akan menghabiskan lebih banyak tenaga untuk memanjat 2058 anak tangga sehingga ke aras 288 meter di TH03,” kata YBhg. Datuk Rozlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Para peserta ‘ELITE’ dan profesional akan dilepaskan terlebih dahulu untuk merebut trofi juara sebelum Kategori Lelaki Terbuka. 100 peserta dengan catatan masa terbaik akan memenangi t-shirt ‘FINISHER’ istimewa.

Tahun ini, acara dibuka terhad kepada 4,000 peserta sahaja untuk warganegara Malaysia dan peserta luar negara. Enam kategori yang bakal dipertandingkan adalah Lelaki Terbuka (18 hingga 40 tahun), Lelaki Veteran (41 tahun ke atas), Wanita Terbuka (18 hingga 40 tahun), Wanita Veteran (41 tahun ke atas), Lelaki Junior (13 hingga 17 tahun) dan Perempuan Junior (13 hingga 17 tahun).

Yuran penyertaan bagi Peserta dewasa ialah RM90.00, pelajar ialah RM50.00 dan peserta dari luar negara ialah RM130,00. Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai sehingga RM44,600.00. Rekod Masa Terbaik bagi individu lelaki dan wanita Malaysia juga akan memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM2,000.00 setiap seorang. Mereka juga berpeluang untuk bertanding di luar negara bagi acara ‘World Tower Running 2020’ dan semua kos akan ditanggung sepenuhnya oieh Menara Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, sebuah syarikat penerbangan terbesar di dunia iaitu Turkish Airlines adalah merupakan rakan acara utama bagi ‘KL Tower International Towerthon Challenge 2019’. Oleh itu, jangan lupa untuk mendaftar dan menjadi peserta kerana anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah, berupa dua (2) tiket penerbangan pergi balik ke Istanbul untuk dua (2) orang.

“Turkish Airlines dengan bangganya menyokong acara ini dan mengambil peluang untuk menjadikan acara ini lebih menarik kepada semua. Saya mengalu-alukan semua pelanggan dan penumpang Turkish Airlines untuk merasai layanan dan perkhidmatan kami yang pastinya tidak dapat dilupakan”, kata Encik Muhammed Hamza Arslan, Pengurus, Turkish Airlines Inc. di Malaysia.

Untuk memeriahkan lagi acara ini, Menara Kuala Lumpur menawarkan kepada semua para peserta serta teman peserta + 1 teman) untuk mencuba tarikan yang pastinya mendebarkan iaitu Sky Box dan Sky Deck dengan kadar istimewa RM20/pax sahaja (harga biasa RM99/pax dan RM71/pax untuk pemegang MyKad).

Jangan lepaskan peluang untuk berada di tebing SkyDeck, ‘Sitting On The Edge’ (SOTE) pada ketinggian 300 meter dari aras tanah dengan hanya RM50/pax untuk pemegang MyKad dan RM70/pax untuk lain-lain. Anda boleh merakamkan detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur. Tawaran sah dari 19 hingga 21 April 2019 sahaja.

Anda juga berpeluang untuk merasai berada di dalarm kereta terpantas, Lamborghini dengan menderma RM100.00 untuk bersiar-siar sekitar bandar Kuala Lumpur. Terdapat 15 buah kereta Lamborghini disediakan untuk anda pilih dan kenali dengan lebih mendalam mengenai kereta terpantas di dunia itu. Untuk pengetahuan anda, sumbangan derma yang terkumpul akan diagihkan ke rumah-rurnah anak yatim dan asnaf yang terpilih. Peluang keemasan ini disediakan oleh kelab ‘Lamborghini Owners Malaysia’.

Acara ‘Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2019’ telah disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Rakan acara utama – TURKISH AIRLINES. Rakan acara lain – Unifi, Notthingheels, Life Care, Pharmaniaga, Lamborghini Owners Malaysia, Adrenaline Addict, Rakan Penginapan OASIA Suites Kuala Lumpur, Rakan Pakaian – ULTRON, Rakan Kulinari – Atmosphere 360 Revolving Restaurant, Rakan Aplikasi Digital – JomRun dan Penganjur Teknikal – Equip Management.

Untuk peminat ‘Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge 2019’, anda masih mempunyai peluang untuk mendaftar dengan melayari laman sesawang http://www.adrenalineaddict.asia/klt2019 atau melalui aplikasi mudah alih “JomRun” yang boleh dimuat turun dari dan .

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-20201926 atau lawati Facebook rasmi, Menara KL Towerthon  atau Instagram @kltowertowerthon.

Kredit Foto: ActionPix Malaysia.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!