Home / Berita Terkini / 6 Sebab Anda Harus Sertai Electrolux Home Run 2019

6 Sebab Anda Harus Sertai Electrolux Home Run 2019

Bersempena dengan perayaan ulangtahun ke-100, Electrolux, salah satu pengeluar perkakas rumah multinasional terbesar di dunia, bakal menganjurkan acara lumba lari pertamanya ~ “Electrolux Home Run 2019”. Acara larian akan dilangsungkan pada 14 Julai 2019, jam 7:30 pagi di Setia City Park, Setia Alam.

Jom kita baca mengapa acara larian ini harus dimasukkan ke dalam kalendar lari anda!

 

1. Yuran Pendaftaran Rendah dan Pulangan Yang Berbaloi
Yuran pendaftaran Electrolux Home Run adalah antara yang paling rendah di Malaysia iaitu di antara RM30-RM50 untuk kadar pendaftaran awal (early bird) sebelum atau pada 16 April dan RM40-RM60 untuk kadar normal.

Sebagai pulangan, anda akan menerima kemeja-T larian, pingat penamat, botol air eksklusif, beg jerut, chip masa, cabutan bertuah dan lain-lain. Jadi, rebutlah peluang ini dan daftar hari ini juga!

2. Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Dari kanak-kanak berusia 5 tahun sehingga nenek atau atuk berusia 70 tahun, Electrolux Home Run boleh disertai oleh pelari daripada pelbagai peringkat umur dan pengalaman. Sama ada anda baru sahaja berjinak-jinak dalam larian atau anda seorang pelari tegar yang kompetitif, pastinya terdapat kategori atau jarak yang bersesuaian dengan pengalaman anda.

3. Golongan OKU juga boleh turut serta
Salah satu matlamat acara ini dianjurkan adalah untuk meraikan masyarakat kita yang berpelbagaian, bukan hanya dari segi agama dan bangsa yang berbeza, malah golongan kelainan upaya (OKU) yang sering dipinggirkan.

Kategori khas, The Awesome Bunch (1km) adalah terbuka untuk orang kelainan upaya (OKU) dan pendaftaran bagi kategori ini adalah PERCUMA.

4. Coach Mark Williams Untuk Sesi Warm-up!
Coach Mark Williams adalah tidak asing lagi bagi pelari-pelari tempatan. Beliau adalah jurulatih yang mengendalikan klinik larian bagi Standard Chartered KL Marathon dan pengasas The Running Plan. Beliau juga pernah berlakon di dalam filem Ola Bola sebagai Coach Harry Mountain. Di bawah pimpinan beliau, pastinya larian anda akan bermula dengan lancar pada hari perlumbaan!

5. Makanan & Minuman Percuma Yang Lazat
Kopi Pressimo bakal dihidangan pada hari pengagihan pek larian dan hari perlumbaan. Lapar selepas larian? Jom kita makan nasi lemak. Semuanya percuma!

6. Hadiah Lumayan dalam Cabutan Bertuah!
Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia, siapalah tahu? Setiap peserta mempunyai peluang keemasan untuk membawa pulang set dapur Electrolux yang terdiri daripada peralatan dapur elektrik dan cabinet yang bernilai RM25,000! Banyak lagi hadiah-hadiah lain yang akan diumumkan kelak.

Jangan berlengah lagi! Daftar sekarang untuk menikmati kadar “Early Bird” di pautan http://www.racexasia.com/event/electrolux-home-run-2019/

*Kadar “Early Bird” berakhir pada 16 April 2019

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh ikuti https://www.facebook.com/expedivo/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!