Home / Berita Terkini / SportsAsia Anjur Larian Malam Bertemakan Api – Light ‘Em Up

SportsAsia Anjur Larian Malam Bertemakan Api – Light ‘Em Up

Cyberjaya, 28 February – SPORTSASIA mengumumkan penganjuran acara larian malam bertemakan api – Light ‘Em Up Night Run di sidang media di DPulze Shopping Centre hari ini. Acara Light ‘Em Up Night Run bakal dilepaskan pada jam 8 malam, 20 April di Persiaran Flora, Cyberjaya.

Menurut En. Muhd Ammar, Pengurus Acara Larian, Sportsasia menyasarkan seramai 2,000 peserta untuk tiga kategori larian iaitu – 3KM Stroller Run, 5KM Masked Run dan 10KM Sportsasia Run (kompetitif). Walaupun ia dinamakan  Stroller Run dan Masked Run, para peserta tidak diwajbkan untuk berlari dengan memakai topeng (mask) atau menggunakan kereta dorong (stroller) kerana ia hanya sekadar konsep larian. 10 pelari terpantas dalam acara 10km bakal menerima hadiah bernilai sehingga RM600.

Setakat ini, 1,500 penyertaan telah diterima dan jumlah penyertaan dijangka mencapai 2,000 pelari pada pertengahan bulan Mac.

Kepada yang tidak dapat hadir untuk acara larian pada malam 20 April, anda masih berpeluang untuk menyertai Virtual Run (3KM, 5KM and 10KM) yang boleh diselesaikan bila-bila masa dan di mana sahaja dalam tempoh yang diberikan. Peserta Virtual Run bakal menerima kemeja-T larian dan pingat penamat seperti mana pelari-pelari yang lain.

Selain daripada acara larian, para pelari dan penyokong juga akan dihiburkan dengan persembahan api oleh kumpulan Thumbuakar dari Sabah. Terdapat pelbagai kenderaan saji (food truck) dan gerai-gerai jualan di tapak larian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Portal Pendaftaran: http://www.checkpointspot.asia/LNR/
Aplikasi Pendaftaran: http://jomrun.com/event/light-em-up-night-run-2019
Facebook: https://www.facebook.com/sportsasia/
Instagram: https://www.instagram.com/sports.asia/

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Nombor Telefon : 010-8088060 (TONY) or 014-7468568 (AMMAR)
Emel: [email protected]

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!