Home / Artikel Menarik / Trend Larian Ultra 2020 – Pelari Ultra Malaysia Adalah Paling Perlahan Di Dunia

Trend Larian Ultra 2020 – Pelari Ultra Malaysia Adalah Paling Perlahan Di Dunia

TNF-MMTF 2019 – Photo Oleh PIXEO

Sebuah portal larian yang berpangkalan di Amerika Syarikat, RunRepeat telah membuat satu tinjauan tentang larian ultra untuk membuat kajian tentang trend dalam larian ultra sejak 23 tahun yang lampau. Dalam tinjauan mega ini, mereka telah menganalisa 5,010,730 keputusan larian daripada 15,451 acara larian ultra, menjadikannya tinjauan yang terbesar pernah dilakukan untuk sukan ini.

Kesimpulan Utama

  • Pelari ultra wanita adalah lebih laju daripada pelari ultra lelaki untuk jarak melebihi 195 batu (313km). Lebih jauh jarak, jurang pace di antara jantina semakin kecil. Dalam acara 5K, pelari lelaki adalah 17.9% lebih pantas daripada wanita, untuk jarak marathon perbezaannya hanya 11.1%, perlumbaan 100 batu (160km) menyaksikan perbezaan yang mengecil kepada hanya 0.25%, dan untuk acara 195 batu (313km), pelari wanita adalah 0.6% lebih laju daripada lelaki.
  • Penyertaan larian ultra telah meningkat sebanyak 1676% dalam tempoh 23 tahun, daripada 34,401 kepada 611,098 setiap tahun dan 345% dalam 10 tahun lalu daripada 137,234 kepada 611,098. Jumlah pelari ultra semakin meningkat.
  • Lebih ramai pelari ultra menyertai lebih daripada satu acara setiap tahun. Dalam tahun 1996, hanya 14% pelari telah menyertai lebih daripada satu acara setiap tahun, kini 41% daripada peserta berlari lebih daripada satu acara setiap tahun. Terdapat peningkatan yang mendadak dalam peratusan peserta yang mengambil bahagian dalam 2 acara dalam satu tahun, iaitu 17.2% (daripada 7.7% kepada 24.9%) dan 3 acara, 6.7% (daripada 2.8% kepada 9.5%).
  • Penyertaan daripada kaum wanita juga meningkat dalam acara ultra. 23% daripada peserta dalah wanita, berbanding dengan hanya 14% pada 23 tahun yang lalu.
  • Pace pelari ultra didapati menurun merentasi jarak, jantina dan kumpulan umur. Purata pace pelari ultra dalam tahun 1996 adalah 11:35 min/batu ( 7 min/km), purata pace sekarang adalah 13:16 min/mile (8.2 min/ km). Ini bermakna pace pelari ultra telah menjadi lebih perlahan sebanyak 15% sejak 1996. Dipercayai pelari individu tidak menjadi lebih perlahan tetapi acara ultra telah menjadi acara arus perdana (mainstream) dan menarik lebih ramai peserta yang kurang dari segi kesediaan mereka.
  • Pelari didapati mempertingkatkan pace mereka dalam 20 acara yang pertama, dan kemudiannya pace mereka menjadi stabil. Dari acara pertama ke acara kedua, peningkatan sebanyak 0:17 min/batu (2%) secara purata. Tetapi menjelang acara mereka yang ke-20, prestasi mereka telah meningkat sebanyak 1:45 min/batu (12.3%).
  • Negara yang mempunyai pelari ultra terpantas Africa Selatan (Purata pace 10:36 min/batu atau 6:48 min/ km), Sweden (11:56 min/batu atau 7:22 min/ km), dan Germany (12:01 min/batu atau 7.5 min/km).
  • Jumlah peserta yang menyertai acara larian ultra di luar negara juga telah meningkat. 10.3% peserta yang ke luar negara untuk menyertai larian ultra, berbanding dengan hanya 0.2% untuk acara 5K.
  • Pelari dalam acara jarak yang lebih jauh mempunyai pace yang lebih baik berbanding dengan pelari dalam acara jarak yang lebih dekat bagi setiap kumpulan umur.
  • Semua kumpulan umur mempunyai pace yang sama, sekitar 14:40 min/mile (9 min/km). Agak luarbiasa berbanding dengan jarak yang lain.
  • Purata umur pelari ultra menurun sebanyak 1 tahun dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Ia telah menurun dari 43.3 tahun kepada 42.3 tahun. Ini bermakna, umur peserta yang mengambil bahagian dalam acara ultra adalah semakin muda.
  • Penyertaan acara ultra semakin bertambah di mana – purata jumlah acara ultra dalam setahun bagi seorang pelari telah meningkat daripada 1.3 kepada 1.7 dalam tempoh 23 tahun.

Dalam tinjauan tersebut juga mendapati pada keseluruhannya, pelari ultra dari Malaysia adalah yang paling perlahan di dunia.

Pelari ultra paling laju di dunia adalah dari Afrika Selatan dengan purata pace 10:36 min/mile. Temat kedua adalah Sweden (11:56 min/mile) dan ketiga Germany (12:01 min/mile).

Pelari ultra paling perlahan adalah dari negara Argentina (15:20 min/mile), Mexico (15:30 min/mile) dan Malaysia (15:55 min/mile atau 9.32 min/km).

Pelari lelaki paling laju adalah dari Afrika Selatan (10:23 min/batu), Sweden (11:43 min/batu) dan Germany (11:53 min/batu).

Pelari lelaki paling perlahan adalah dari Argentina (15:01 min/mile), Mexico (15:06 min/mile) dan Malaysia (15:54 min/mile bersamaan 9.7 min/ km).

Pelari ultra wanita paling laju adalah dari Afrika Selatan dengan purata pace 11:11 min/mile. Kedua adalah Sweden (12:27 min/mile) dan ketiga Germany (12:33 min/mile).

Pelari ultra wanita paling perlahan adalah dari Malaysia (16:00 min/mile bersamaan 9.94 min/km), Argentina (16:19 min/mile) dan Mexicoalaysia (16:40 min/mile).

Tentang Pengkaji

Tinjauan ini dihasilkan secara bersama di antara Paul Ronto dan Vania Nikolova. Ronto adalah seorang pelari tegar yang telah menamatkan 6 marathon dan Pengarah Kandungan laman web RunRepeat. Nikolova memegang ijazah Ph.D. dalam Analisis Matematik.

Data dan kaedah

Data merangkumi 85% acara ultra running dari serata dunia.

Analisa merangkumi acara berjarak lebih daripada 42.195km termasuk larian denai (trail) dan larian gunung.

Analisa mengambil kira set larian lebih 6 jam kerana sebahagian kecil acara ultra tidak mempunyai set jarak tunggal.

Dalam lebih daripada  5,010,730 catatan masa penamat hanya 3.77% daripada peserta, berlumba dalam acara yang mengikut masa berbanding dengan acara yang mengikut jarak.

Tinjauan ini dilaksanakan secara bersama dengan International Association of Ultrarunners (IAU).

Data merangkumi 5,010,730 data penamat dalam lebih 15 ribu perlumbaan.

Tahun 1996-2018

Diterbitkan semula dalam Bahasa Malaysia dengan izin RunRepeat. Baca artikel asal di https://runrepeat.com/state-of-ultra-running

Check Also

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2020 Dibatalkan!

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 7 April 2020 – Penganjur Kuala Lumpur Standard Chartered …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!