Keselesaan bertemu gaya inovatif!
Reebok Malaysia baru-baru melancarkan kasut lari terbaharunya – Reebok Liquifect. Kasut ini menampilkan teknologi “Liquifect” iaitu sejenis bahan polyurethane yang disuntik ke dalam tapak kasut untuk memberikan sokongan dan daya kusyen yang tahan lama. Ini membolehkan si pemakai berlari dengan lebih lama dan bertenaga.
Bahagian atas kasut (upper) tidak menggunakan jahitan dan menampilkan bahan mesh yang selesa.
Dengan gayanya yang tersendiri, kasut ini bukan sahaja sedia untuk beraksi di dalam trek larian tetapi juga untuk bersiar-siar.
Reebok Liquifect boleh didapati di pasaran sekarang dengan harga Rm329 sepasang.