Home / Artikel Menarik / Eksklusif: Wawancara bersama Azwan Bunjing, Kapten adidas Runners KL

Eksklusif: Wawancara bersama Azwan Bunjing, Kapten adidas Runners KL

Awan Bunjing, atau lebih mesra dengan nama timangan Awan, adalah kapten kepada adidas Runners Kuala Lumpur. Selain daripada bergiat dalam bidang larian, Awan juga adalah seorang warga korporat yang berjaya dalam sebuah syarikat multinasional. Dengan kerjasama adidas Malaysia, kami sempat menemuramah Awan tentang sukan yang digemarinya ini dan juga konsep ‘Faster than’ dalam kempen adidas yang terbaharu. Jom kita baca…

Ceritakan sedikit latar belakang larian kamu. Bagaimana anda “terjebak” dalam dunia larian? Bagaimanakah evolusi kamu sebagai seorang pelari?
Ketika di sekolah, saya hanya berlari kerana dipaksa untuk menyertai acara sukan sekolah. Bermula dari saat itu, aktiviti larian kemudian menjadi salah satu aktiviti sukan yang digemari. Saya mula bergiat lebih aktif dalam dunia larian ketika menuntut di universiti. Di universiti saya bertemu dengan ramai rakan yang mempunyai minat yang sama. Di samping itu, saya juga mula mengenali kumpulan – kumpulan larian yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Melalui perkenalan dengan rakan di universiti, rakan-rakan kumpulan larian serta mereka yang menyertai acara larian saya berpeluang untuk bukan sahaja berkongsi ilmu malah bertukar pendapat mengenai tips, dorongan serta motivasi untuk berlari. Kini, sebagai Kapten adidas runners Kuala Lumpur, saya gembira melihat bahawa orang ramai kini lebih peka mengenai kesihatan mereka dan lebih giat menceburi aktiviti larian komuniti dan acara larian untuk kekal sihat.

Apakah momen-momen kejayaan kamu yang paling dibanggakan dan mengapa?
Pertandingan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018, saya telah memperoleh pingat perak buat acara 10,000 meter. Ini merupakan salah satu momen penting buat diari saya sebagai seorang pelari. Melalui acara tersebut, saya mula memupuk pemikiran positif bahawa setiap individu mampu memperoleh keputusan yang diidamkan dengan latihan yang secukupnya. Walaupun saya hanyalah atlet amatur, saya berjaya mendapat keputusan yang memberangsangkan apabila bertanding dengan atlet-atlet elit yang lain.

Apakah yang anda suka tentang sukan berlari?
Seperti aktiviti sukan yang lain, sukan larian memerlukan komitmen seorang individu secara menyeluruh. Sebelum saya mengambil aktiviti larian secara serius, saya menyedari bahawa saya mengabaikan tabiat pemakanan dan kesihatan yang sihat. Kini, saya lebih mengambil berat tentang kesihatan saya dan sering membuat senaman untuk kekal aktif dalam kehidupan seharian. Daripada segi emosi juga, saya lebih yakin terhadap diri sendiri untuk memberi komitmen yang terbaik dalam segala aktiviti yang dilakukan.

Siapakah pelari yang menjadi inspirasi kamu?
Haille Gebresellaise kerana beliau sangat mesra terhadap peminatnya dan menjiwai sikap rendah diri walaupun beliau telah memenangi pingat emas Olimpik sebanyak dua kali.

Pernahkan kamu rasa nak putus asa (give up)? Apakah yang mendorong kamu untuk terus berusaha?
Setiap orang mempunyai peringkat hidup dimana mereka ingin putus asa, saya tidak terkecuali. Tetapi, saya memupuk pemikiran bahawa sebarang kegagalan (set back) merupakan batu loncatan untuk mendapatkan pencapaian yang lebih baik di masa hadapan.

Boleh kami ketahui rutin minggu latihan kamu (average training week)?
Isnin – Gimnasium
Selasa – Larian santai
Rabu – Latihan kelajuan
Khamis – Larian santai
Jumat- Gimnasium
Sabtu – Rehat
Ahad –Larian jarak jauh

Apakah nasihat kamu untuk non-runners yang ingin mencuba sukan berlari?
Salah satu senjata penting buat seorang pelari adalah kasut yang dipilih. Sesiapa yang ingin mula berlari perlu memilih kasut yang sesuai, ini memerlukan sedikit pendidikan dan penyelidikan terdahulu. Apabila sudah mempunyai kasut larian, mulakan dengan aktiviti larian atau ‘speedwalk’ minimum selama 30 minit. Selain daripada itu, latihan kekuatan amat digalakkan untuk membina stamina mereka untuk berlari. Ini boleh dilakukan di gim atau di rumah mengikuti video tutorial yang boleh didapati melalui aplikasi adidas Running by Runtastic. Ilmu mengenai teknik larian dan pelan latihan juga penting untuk digabungkan dalam rutin harian. Motivasi dan sokongan daripada rakan-rakan dalam komuniti larian memainkan peranan besar dalam mengekalkan momentum larian. ARKL merupakan salah satu komuniti larian terbuka buat orang ramai untuk mengenali individu lain yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti larian. ARKL mampu memupuk seseorang individu untuk menjadi pelari yang hebat kerana setiap sesi sering diiringi dengan latihan atau tips oleh para pelari dan jurulatih yang berpengalaman.

Apakah konsep di sebalik FASTER THAN_ yang diketengahkan oleh adidas?
Faster Than_ merupakan kempen terkini daripada adidas Running, menggesa orang ramai untuk memberi nafas baharu terhadap pandangan mereka mengenai pantas. adidas ingin para pelari untuk mencari definisi tersendiri tentang pantas yang unik buat setiap individu.
Produk hero buat kempen Faster Than_ adalah kasut SL20 yang merupakan kombinasi antara SOLAR dan ADIZERO, kasut yang digemari oleh para pelari. SL20 merupakan inovasi terbaru lengkap dengan teknologi yang sesuai buat seorang pelari – lightstrike midsole, torsion bar & engineered mesh.

SS20 Faster Than

Apakah istimewanya kasut adidas SL20 dan bagaimanakah ia dapat membantu pelari untuk menjadi lebih pantas?
Pada pendapat saya, SL20 bersifat all rounder kerana ianya boleh digunakan untuk larian santai atau larian laju. Ciri-ciri SL20 seperti lightstrike midsole mempunyai cushioning yang cukup padat serta ringan merupakan salah satu faktor yang menyumbang pada kepantasan pelari.

#jomkitalari

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!